Antara Kriteria-Kriteria Tanah Yang Sesuai Untuk Tujuan Pembangunan Projek Perumahan Adalah Seperti Berikut
1. Lokasi yang baik
# kebolehsampaian dan berdekatan dengan kemudahan awam sedia ada dan juga dilokasi yang berpotensi membangun dimasa hadapan
2. Harga yang munasabah
# mengutamakan harga yang boleh memberi keuntungan yang setimpalnya dari pembangunan tanah tersebut
3. Status tanah yang mudah dipasarkan
# biasanya jenis hakmilik bebas dan kekal ataupun rezab melayu diutamakan kerana jenis pajakan adakalanya permintaannya terhad
4. Sifat tanah
# sebaiknya tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi seperti menambun ataupun memotong tanah
5. Mampu milik
# membeli tanah pada harga yang mampu dibayar oleh pemaju
6. Hakmilik ataupun geran tanah yang tiada sekatan kepentingan
# terletak dalam zon pembangunan yang diwartakan, tidak dicagar kepada bank, tidak mempunyai sebarang bantahan daripada individu lain ataupun pihak berkuasa dan sebagainya
Mulakan pelaburan tanah dengan ILMU dahulu kerana itu adalah sebaik2 pelaburan untuk diri sendiri.
Oleh Putera Ambo
Baca penuh Di Sini