Lelaki Ini Suruh Bayar Diri Anda Dulu

Saya nak share satu perkara: PAY YOURSELF FIRST...

pernah dengarkan... saya dah baca, saya dah dengar lama dulu... tapi saya tak faham-faham sampai awal januari 2012 lepas...

konsepnya, bila dapat duit bayar diri sendiri dulu, jangan bayar hutang dulu atau bayar orang lain dulu... guna sebahagian duit itu untuk beli apa-apa benda yang kita suka, walaupun harganya RM10...

saya sangat tak boleh terima konsep ini... bayangkan kalau saya perlukan RM3,000 untuk hidup sebulan... dan pendapatan juga RM3,000 sebulan, kan tiada baki...

kalau saya bayar diri sendiri dengan belanja RM100 pada bulan itu, bukankah saya negatif RM100 (berhutang atau tidak cukup duit)... kalau setiap bulan begitu, habislah negatif (atau hutang) akan membesar... apa yang bagusnya?

itulah kesilapan saya... saya terlalu mengguna logik... kalau dulu bila saya sibuk bayar orang lain dahulu, badan rasa letih kerja untuk bayar orang, tak seronok... akhirnya januari 2012 lepas saya mulakan membayar diri sendiri... saya tak nak fikir apa-apa...

Al-hamdulillah, rupa-rupanya, bila saya bayar diri sendiri dulu, saya rasa gembira, rasa hargai diri sendiri... feel good itu menyebabkan lebih banyak rezeki masuk... maksudnya jika saya fikir tadi saya berpendapatan RM3,000 sahaja bulan ini, nanti entah dari mana ada sahaja rezeki lain yang datang...

itulah kuasa PAY YOUSELF FIRST... dan wife saya Nur Amalia Suhaimidah lama buat begitu, dia lah yang berjaya mengajar dan mengubah saya (walaupun orang lain dah banyak kali ajar)...


Baca Penuh Di Sini