Hari ni aku ada baca satu artikel tentang bagaimana nak tahan nafsu belanje.
Aku tahu ramai yang ada passion yang memerlukan duit.
Contohnya minat kereta,minat motor,minat perempuan.Ehh..ke situ pulak.Tapi pokoknya minat-minat yang di atas memang memerluakn duit.Dulu aku pun macam tu jugak.
Suka membazir kat tempat sepatutnya.Mase belajar lagi orang sibuk duk cari pendapatan tambahan tapi aku dapat PTPTN terus joli katak beli sport rim la,beli fairing moto lah.
Bila aku pikir pikir balik memang menyesal.Baik aku buat bisnes kecil-kecilan yang boleh tambah pendapatan.
Sewa kereta ke jual topup ke kan.Boleh kumpul duit beli hartanah.
Bila dah abis belajar lepas tiga bulan dapat gaji terus apply loan rumah.Ni tidak.Lepas setahun kerja baru beli rumah.Kan lambat tu..
Sekarang aku dah tak heran dah semua tu.Minat aku teralih pada hartanah pulak.Kalau boleh nak ada 40 hartanah sebelum 35 tahun.Haha..boleh ke..Mungkin boleh dalam mimpi.
Sekarang ni aku punya motivasi bila nak beli itu ini yang membazir,aku pikir balik baik aku beli hartanah.
Oklah.Ni petua dia:
1. Kurang dedahkan diri kat pencetus nafsu belanja.
2. Latih sesuaikan diri dengan keadaan semasa anda.
3. Setkan had perbelanjaan anda.
4. Harta benda bukan penentu segalanya.
5. Sedar yang sifat manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada.
6. Tukar hobi kepada bidang yang mendatangkan duit dulu.
Sekian saja kali ini Jemput baca artikel penuh Di Sini