Investment Holding Company(IHC), Betul Ke Bagus Sampai Ada Orang Buat Seminar IHC?





Post dari Dr Waqipedia


IHC :: Solusi Kepada 7 Kelemahan Investment Holding Company (IHC) Oleh Tuan Faizul Ridzuan

==============================================

Sy dapat banyak soalan berkenaan IHC semalam. Oleh kerana ramai yg mahukan jawapan dan ada yg dah buka IHC tetapi naik gabra nak tutup IHC, mungkin buka dulu ikut-ikut orang (macam Tabung Haji pulak). 

😂
Di dalam 2 gambar di bawah, sy kongsikan solusi kepada 7 kelemahan yg diberikan oleh Tuan FR.
WAJIB ambil perhatian;

+ Tuan FR tidak melarang / anti kepada yg menggunakan IHC tetapi...
.

+ Masalah ketidaksesuaian dengan profil pelaburan seseorang dan...
.

+ Kadang-kadang pendapatan ciput, 'lebih sudu dari kuah', sehinggakan...
.

+ Tidak sesuai langsung menggunakan IHC dalam strategi pelaburan hartanahnya.

---------------------------------------

1) IHC ini hanyalah;

+ syarikat Sdn Bhd

+ dijamin oleh individu atau syarikat bisnes 

+ yg memegang aset pelaburan (saham/hartanah)

+ menerima keuntungan harian/bulanan/tahunan dari aset tersebut

+ kos beroperasi rendah kerana tidak melibatkan operasi bisnes 24 jam setiap hari
IHC hanyalah salah satu 'tools' dalam pergi ke medan 'perang' pelaburan hartanah.
Sebagai pelabur hartanah yg bijak, kita perlu fleksibel dan bersedia utk menggunakannya apabila perlu.
Sampai masanya, setiap pelabur hartanah yg berambisi tinggi dalam hartanah, pasti perlu memiliki IHC. Percayalah.

---------------------------------------

2) IHC....


Sesuai utk orang yg mempunyai selok belok kefahaman berkenaan bisnes & syarikat, kemampuan tunai dan ambisi yg tinggi untuk mencipta kekayaan yg lebih besar
**Jika di Korea Selatan, ini gaya bisnes 'chaebol'. Jika di Malaysia, gaya Jho Low! (Gurau shj) 
😝


Mungkin kurang sesuai utk orang yg bekerja 9-5, tidak mengharapkan kekayaan yg melimpah ruah, cukup sekadar mencapai tahap kewangan yg seimbang utk pencen awal & ada wang yg cukup bagi melalui zaman pencen tersebut dengan tenang
---------------------------------------

Nasihat saya;

+ Fokus kepada TARGET PELABURAN yg ingin dicapai.

+ Lakarkan pelan A-B-C utk perjalanan pelaburan hartanah bagi mencapai target tersebut.

+ Pilih jalan yang terbaik dan bersesuaian dengan kapasiti & profil kewangan anda. Jangan ikut orang semberono. 'Busuk'nya nama IHC bukan sebab IHC tidak bagus, tetapi yg menggunakannya tidak benar-benar tahu cara 'mengendalikan'nya sehingga hanyalah indah khabar dari rupa.

+ Setiap orang ada cara melabur masing-masing. Tiada yg sepenuhnya salah, tiada yg 100% nya betul. Asalkan ia memberi keuntungan dengan cara yg halal, teruskan.

+ Hartanah hanyalah 'produk' utk membuat keuntungan. Tetapi mempunyai lebih dari satu 'vehicle' selain di atas individu, seperti Sdn Bhd, sangat membantu dalam meningkatkan 'speed of investment' dan 'curve of making money in property'.
A(produk membuat keuntungan)

+


IHC (kenderaan)


=


(Kejayaan/kekayaan)

.
.
.

P/s: Pesanan terakhir;

+ Sudah pasti akan ada yg melontarkan soalan 'maut' utk mengorek dengan lebih detail hal IHC, tetapi sy mohon maaf, tidak akan jawab dalam 'public' dan tidak berminat utk berdebat.

+ Biarlah yg rahsia kekal rahsia. Dan semoga lebih ramai yg masih sempat mengambil kesempatan sebelum 'digam' oleh BNM.

+ Pergilah berguru dengan Dr Shah Razali atau sesiapa shj yg sudah mahir selok-belok IHC jika rasa sesuai. Susah-susah jangan tengok orangnya, tetapi tengok ilmunya berbaloi atau tidak diamalkan. Ambil yg baik-baik shj & buang yg keruh.

+ Sy hanya buat bengkel IHC tertutup bagi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman IHC. Boleh datang jika ingin belajar. No upselling-upselling. 'Straight to the point' belajar apa yg perlu.

+ Mungkin jika tidak digunakan sekarang tetapi mana tahu, sampai satu tahap, IHC adalah satu-satunya jalan ke depan. Sekurang-kurangnya, kita sudah bersedia. Insyallah. 😊
Bengkel Sehari IHC kelolaan WWM Group, rujuk sini --