Proses Membuat Tuntutan Pampasan Ke Atas Jalan Dan Tali Air Yang Di Bina Atas Tanah


Saya ada refer beberapa orang yang pakar dalam hal ini termasuk lawyer saya,

Kesemua mereka memberi nasihat yang sama iaitu buat semakan di dalam geran tanah,jika tiada maklumat, buat semakan di pejabat tanah & JUPEM.

Kemudian saya buat pengesahan dengan jabatan kerajaan yang membina jalan & tali air tersebut.

Dalam kes ini, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) yang terlibat.

Selepas pengesahan di buat oleh semua pejabat yang saya pergi, barulah saya buat surat kepada JPS untuk bertanyakan status jalan & tali air di atas tanah saya.

Mereka akan proses surat saya & sekiranya belum ada proses pengambilan tanah daripada pihak mereka, maka mereka akan buat pengambilan tanah dan membayar pampasan kepada owner tanah.

Sebelum ni sudah pernah owner tanah kawasan tersebut buat tuntutan, hasilnya kerajaan bayar pampasan. Huhu

=================================

Proses ini mungkin lama sedikit, tapi kalau kita di pihak yang betul, insya-Allah penghujungnya lumayan. Hehe

Oleh Sifu Wann 


Baca penuh Di Sini