Perempuan Ini Marah Dengan Melayu Yang Fasih English Tapi...



(Amaran: Ini leteran yang panjang.)
Saya belajar Bahasa Inggeris.

Saya tak pernah belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Saya sudah cecah kaki ke 20+ buah negara dan masih hidup. Alhamdulillah.

Semasa di London dan Australia saya tak dipandang bodoh oleh orang putih.

Semasa di Paris orang gelak-gelak memandang saya dengan wajah mengejek hanya kerana bertanya soalan 'berapa harga' guna Bahasa Inggeris.

Semasa di Jepun dan dua Korea, tiada siapa peduli papan tanda rasmi bertulis Bahasa Inggeris yang penuh typo.
Semasa di Turki, saya berjaya buat ramai kawan baru bangsa Turki dan Uyghur tanpa guna Bahasa Inggeris.
Semasa di Saudi, Jordan, Palestin, dan Mesir, saya tak guna langsung Bahasa Inggeris yang dipelajari selama 13 tahun di sekolah dan universiti. Cuma guna Bahasa Arab yang dipelajari selama hanya lima tahun di sekolah menengah.
Semasa di Indochina, saya dan mereka sama2 belasah guna Bahasa Inggeris cap kaki busuk dan semua urusan tetap dapat diselesaikan.

Kepada Melayu yang tak faham2. Jangan jadi bodoh. Cukup2 lah nenek moyang kita dulu jadi alat British. Lama sangat dah mereka dan tali barut membodohkan kita sejak sebelum merdeka sampai sekarang. Ingat mereka bagi 'merdeka' jadi perlu disembah sebagai dewa?

Graduan susah dapat kerja bukan sebab tak mahir Bahasa Inggeris. Kerajaan sila pakai kasut industri. Perhati betul2 apa sebenarnya punca graduan menganggur. Terima dan telan hakikat itu. Bertindak sepatutnya.

Belajarlah Bahasa Inggeris sebab itu ilmu. Tapi untuk jadi bangsa yang bijaksana tak perlu sampai menyeksa cikgu dan murid kita belajar ilmu lain dalam bahasa yang mereka tidak fasih.

Buka telinga luas2. Kalau tersumbat sebab banyak tahi, pergi hospital minta doktor sedut keluar. Dengar betul2 apa rintihan cikgu dan murid bangsa kita.

Saya pernah latih guru2 PPSMI selama dua musim di Terengganu dan Selangor. Itu sebab saya boleh cakap. Bukti mereka merintih itu saya sendiri saksi. Saya pun rasa peritnya.

Melayu yang fasih English tapi tak ada common sense, samalah macam kuih seri muka yang dah basi. Dihidang nampak elok dan menyelerakan. Apabila dimakan, busuk, masam, cirit birit.

And, ‪#‎British‬. Stop illuminating us Malay with your so-called 'world language.' Stop invading and ruining us with your damn stupid agendas. And... just stop exist.

Ini bukan sebab saya tak suka Bahasa Inggeris. Tapi sebab saya anti agenda British dan sekutu-sekutu mereka. Sampai mati.