1 Mac 2016
Hari ni harga minyak turun lagi.
Tun Dr Mahathir keluar umno harga minyak pulak turun.
Macam kena pulak.Ada apa apa ke?
Hehe.
Yela balik pada tajuk biasa kite dengar bila market boom,orang kata ni lah masa untuk jual hartanah.
Masa ni
1. Ekonomi tengah baik.
2. Bila ekonomi baik, ramai orang ada duit nak shopping sana sini.
3. Beli itu beli ini.Masa ni harga hartanah pula cepat naik.Contohnya kalau anda beli hartanah tahun
2008 harga 100k pada waktu 2013 harga sudah naik 200k.Masa ni mesti hati anda berbunga bunga.
4. Masa ni lah sebenarnya waktu paling baik jual hartanah.Macam contoh diatas boleh
lah dapat 100k tunai.
Terbalik dengan waktu sekarang buyers market
1. Kos sara hidup naik mencanak-canak.
2. Banyak syarikat kecil mula bungkus.
3. Syarikat besar-besar dah cut-cost,buang pekerja.
4.Orang pun takut nak tukar kerja.
Akibatnya orang yang berada di situasi di atas mula jual aset/hartanah untuk dapat kan tunai.
Banyak hartanah mula dijual di bawah harga pasaran kerana terdesak.
Masa ni lah sebenarnya yang dikatakan buyers market dan waktu terbaik beli hartanah.
Dari segi Tenant Market pula,
Penyewa lebihkan barang keperluan dari harga sewa.
Dan ada yang minta dengan owner kurang kan harga sewa.
Kadang kadang boleh tersangkut.
Akhirnya owner terpaksa kurang kan sewa sebab nak bayar hutang bank.
Nilah yang dinamakan tenant market.Landlord terpaksa mengalah dengan tenant.