Pasarannya bukan setakat itu sahaja, bahkan melalui jaringan anda, mungkin akan ada kenalan anda dan pihak kontraktor ataupun pemaju-pemaju perumahan kecil yang bersedia dan sanggup membeli tanah yang sudah di tukar syarat kepada bangunan lebih-lebih lagi risikonya yang boleh dikatakan sifar.
Sebagai contoh di Kelantan sahaja, pertambahan penduduk setiap tahun ditambah dengan bilangan rakyat Kelantan yang bekerja dan mencari rezeki di negeri-negeri luar berjumlah hampir 1,000,000 orang dan sekiranya hanya 1/4 sahaja yang ingin pulang dan menetap di Kelantan serta memiliki rumah sendiri setelah bersara kelak, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lokasi tapak tanah untuk mereka mempunyai kediaman sendiri.
- Kuantiti tanah tidak akan bertambah ( terhad )
- Penduduk semakin bertambah ( pasaran semakin besar )
Pelaburan tanah adalah yang paling fleksibel, kukuh dan paling berpotensi serta risiko yang minima pada pulangan yang tinggi.