4 ISU POPULAR OWNER BILA NAK JUAL RUMAH

Berikut adalah pengkongsian 4 isu popular bila owner nak jual rumah. 

Kat sini kita boleh memahami kedudukan owner rumah dan bagaimana owner dpt minimakan isu ni...

ISU PERTAMA : 

"Sy nk jual rumah ...tapi tak tahu nak letak harga berapa...nnt RUGI kalau jual mahal pulak.."

ISU KEDUA : 

"Jiran akak baru jual rumah minggu lepas harga RMxxxK..tapi rumah standard. Rumah akak byk reno, kena letak harga TINGGI sket.."

ISU KETIGA : 

"Nak jual rumah cepat, nak pakai duit! Kalau letak harga MAHAL sgt, nnt lambat jual...."

ISU KEEMPAT :

"Sy tgk iklan harga rumah kt sini paling tinggi org offer RMxxxK, itulah harga paling LAST sy..."

KESIMPULAN isu2 di atas adalah isu "BERAPA HARGA NAK JUAL?"

OK...ni ada beberapa tips utk selesaikan isu harga ni. 

Sebagai owner atau pelabur hartanah perlu tahu mengenai MARKET VALUE (MV) dan kat mana sumber utk semak MV.

1. Sumber paling dekat adalah EJEN HARTANAH. Ejen Hartanah adalah front liner didalam market.

Semak ejen yg paling byk iklan di kawasan anda. Ejen yg fokus kat kawasan anda mungkin sudah biasa menjual disitu. 

Sudah tentu dia ada data2 transaksi yg lepas atau ejen tersebut boleh tolong semak dgn pegawai bank.

2. Semak MV dgn PEGAWAI BANK. Bank ada panel2 penilai yg mereka boleh rujuk. 

Jika anda tiada contact banker sendiri. Boleh minta melalui Ejen Hartanah anda. Mereka ada contact banker yg luas. Bermacam2 bank. 

3. SEMAK sendiri data transaksi secara ONLINE. Semak di www.brickz.my. Boleh semak percuma atau berbayar. 

Di sini anda boleh melihat harga2 rumah sudah terjual. Data ini boleh dijadikan perbandingan. 

Beberapa adjustment perlu dibuat jika ciri2 fizikal rumah tidak sama. Faktor kualitatif seperti masa, keadaan rumah, lokasi, pegangan juga perlu diambil kira.

4. Cara yg keempat adalah mengupah PAKAR. Kita boleh memgupah PENILAI BERDAFTAR utk menilai hartanah kita bagi tujuan penjualan.

Byk pelabur2 hartanah professional atau syarikat pelaburan hartanah menggunakan kaedah ini.

Hartanah adalah aset berharga. Untuk mengelaklan kerugian harga baik keluar duit sedikit utk dapatkan nasihat pakar.

5. Kita juga boleh belajar value rumah sendiri jika memahami beberapa teknik mudah yg berkesan.

Dgn 3 langkah basic step kita sudah boleh anggar harga yg realistik sesuai memgikut market semasa.

Ilmu ni bagus utk mereka yg aktif dalam pelaburan hartanah. Disamping boleh update boleh update harga setiap tahun utk portfolio rumah2 yg ada, ia juga boleh membantu dalam negotiation dgn pembeli mahupun Ejen Hartanah. 

Sumber dari Info Hartanah

Baca penuh Di Sini