Kenapa Loan Kena Reject??

Assalamualaikum.. 

Perkongsian pagi minggu..ilmu pasai pinjaman dari banker pilihan anda.. Terima kasih Bella Leana ..kerana tak jemu berkongsi ilmu..

Sebab kenapa loan korang declined atau kene reject

1. Rekod CCRIS x cun
Ofcos, CCRIS korang kene cun melecun baru bank senang nak bagi approval.. Kalau CCRIS xcun, memang markah untuk declined tu memang banyak lah.. Paling banyak ialah loan kereta sebab korang tak tahu bila due date.. Haru jugak.. So make sure korang jada ccris korang ni maxam korang jaga diri sendiri..

2. DSR exceeds
Bila kelayakan komitmen korang dah terlalu tinggi, maka bank dah tak mampu nak bagi pinjaman lagi.. Takut2 kalau korang tak mampi nak bayar.. 
Maka nya, kene tahu limit kelayakan komitmen korang..
3. Takde saving
Bila banker tanya ada tak saving di mana2 akaun bank, korang terpinga2 nak bagitahu sebab takde saving.. Takkan korang nak cakap korang simpan bawah bantal pulak.. Ataupun dalam tabung ayam? Bank tak terima semua tu.. Kena ada proof di mata bank..

4. Baki akaun gaji
Bila korang bagi statement bank korang, banker pun dah separuh hati nak proceed, sudahlah saving pun takde.. Akaun gaji pulak nyawa2/ikan je.. Mana tak nya, lagi 15 hari lagi nak tunggu gaji, baki akaun hanya tinggal RM21.48
Ini haru..

5. Property area atau jenis property
Bab yang ni, kalau korang nk beli rumah sekali pun, jangan lah main aci beli jer.. Sebab mungkin korang terbeli di kawasan yang bank dah senaraihitamkan dan takkan bagi finance.. Kalau kes macam ni, kalau korang hantar, banker tu boleh terus reject upfront.. So memg takde peluang lah.. 
Makanya, sebelum beli rumah, tanya dulu pada pihak bank samada boleh bagi finance atau tidak.. Title pun memainkan peranan juga.. So kene tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh..

6. Jenis hutang
Ini lagi satu, jenis2 hutang yang ada dalam cctis record pun memainkan peranan penting.. Bank nak tengok korang ni jenis suka hutang yang mendatangkan income, atau hutang yang hanya mendatangkan kegembiraan seketika.. 
Contoh nya, gaji korang RM8k, tapi korang ada 5 personal loan dari 5 bank yang berbeza.. Lepas tu credit card pulak pakai dah 90%.. Aduhh.. Peluang nak lulus tu terus jatuh ke 15%..

7. Baki selepas tolak komitmen..
Ni maksud nya portion untuk kos sara hidup.. Lepas korang dah bayar loan korang, mesti korang nak kene hidup lagi kan? Beli pampers anak, susu anak, make up bini, makan2 dan banyak lagi.. Untuk portion yang ini korang kene ada baki yang cukup seperti yang bank tetapkan.. So, korang kene ingat, kalau korang guna max portion DSR korang, pastikan baki nya cukup untuk "standard cost of living" yang bank tetapkan..

Untuk standard cost of living bergantung korang tinggal kat kawasan urban atau sub urban atau rural area, bergantung pada marital status jugak.. Kebiasaannya standard bank akan ambil RM1500.. Ada juga bank yang ambil RM1300.. Kene shopping around..

8. Incomplete/limited documentation
Korang nak apply loan, tapi korang takut nak disclosed income korang kat bank.. Macam mana banker nak buat recommendation? Dah lah dokumen pun kedekut nak bagi, lepas tu tak lengkap pulak.. Jangan risau, banker tu bukan nak ngorat korang pun.. Adehhh.. Apa yang menbantu menaikkan income, korang bagi jer..

Oleh Akak Adoi

Baca penuh Di Sini