Beli Tanah, Pecahlot/sempadan dan Jual



Urusniaga ini juga dikenali sebagai pemaju tanah dengan melibatkan proses mendapatkan sebidang tanah yang sesuai dengan lokasi dan keluasannya. 


Tanah tersebut biasanya berstatus pertanian atau dusun dan diubahsyarat kepada status bangunan serentak dipecah sempadan kepada lot-lot kediaman seperti banglo, semid ataupun teres. 

Apabila hakmilik2 tanah telah dikeluarkan, lot2 tersebut akan dijual kepada individu lain ataupun kepada pihak pemaju melalui jualan borong atau kaedah jv. Antara kaedah2 pelaksanaan urusniaga ini biasanya seperti berikut :

1. Dapatkan sebidang tanah pertanian/dusun dilokasi yang sesuai

2. Uruskan kebenaran merancang, ubah syarat dan pecah sempadan bagi tanah tersebut melalui khidmat jurukur tanah berlesen. Biasanya setiap satu ekar boleh dipecahkan kepada 5/6 lot banglo, 12lot semid ataupun 13lot teres mengikut pelan susunatur yang diluluskan dan mungkin saiz penggunaan tanah berbeza mengikut setiap negeri. 

3. Setelah geran hakmilik sementara dikeluarkan, buat tawaran jualan kepada sesiapa sahaja yang berminat.

4. Semua urusan seeloknya melalui pihak peguam dengan tandatangi perjanjian jualbeli antara penjual dan pembeli. 

5. Sekiranya pembeli menggunakan pinjaman membeli tanah, uruskan pinjaman mereka yang boleh dibuat melalui pihak peguam juga.

6. Pindahmilik tanah tersebut kepada pembeli apabila bayaran penuh diterima dari pembeli/pembiaya.

Urusniaga ini boleh dibuat secara separuh masa saja dan amat berbaloi. Ada juga sesetengah pemaju tanah tidak menukar nama sendiri semasa dibeli pada peringkat awal tetapi ditukar terus kepada pembeli2 akhir selepas geran hakmilik sementara keluar. Untuk tujuan pengurusan, kuasa ke atas tanah boleh diperolehi dengan penyediaan Surat Wakil Kuasa / PA.

Modal sangat diperlukan dalam urusniaga sebagai pemaju tanah ini dan sekiranya modal tidak mencukupi, modal boleh dikumpulkan dengan cara berkongsi ramai-ramai / pakatan beli tanah. 

Bagi mereka yang mampu membuat personal loan, jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam urusniaga ini. Sebagai pemaju tanah juga tidak diperlukan untuk menubuhkan syarikat perniagaan. 

Oleh itu, diketika peluang yang masih ada kini jangan sesekali dilepaskan kerana tanah semakin terhad, penduduk semakin ramai dan potensinya semakin ada sinar harapan.

Oleh Putera Ambo

Baca penuh Di Sini