Lelaki Ini Buktikan Dengan Gagi RM1800 ,Kawin Dapat,Simpanan Dapat,Kereta Pun Dapat



KERETA dapat - SIMPANAN dapat - KAHWIN dapat
Cerita kawan tadi : Nak beli kereta, baru kerja, dan memang memerlukan kenderaan untuk pergi kerja. Namun simpanan pun kene ada. Gaji pokok diperoleh bulanan 1800.


Lalu solusi kewangan yang disusun olehku ialah cari kereta baru berharga 'kecil'. Axia pilihan dihati. Faktor pemilihan ialah : -

1. Instalment yang rendah

2. Kereta baru jadi tiada risiko kerosakan dalam tempoh 3 tahun (kebiasaan)

3. Cukup sekadar keperluan

4. Kos servis, roadtax dan minyak yang serba minima
Jadi setelah membuat survey harga untuk range harga, didapati ada jurang perbezaan yang besar antara middle range dan top range. Rebat tunai juga diberikan 2k. Beza harga antara range (45k & 35k) hampir 10k. Jadi ambil middle range dan buat markup loan. Jadi ada lebihan dalam 12k.

Gunakan 12k untuk buat bayaran setahun instalment ASB-financing 180k untuk 30 tahun. Gunakan dividen (e.g 7.25%) 13,000 setiap tahun untuk bayar semula instalment tahun berikutnya dan baki lebih kurang 1k untuk cover cost roadtax/insurance kereta tahunan.

Buat pembatalan ASB-financing tersebut selepas 4 tahun. Jumlah simpanan terkumpul + dividen terakhir ialah 24k. Kadi boleh buat kahwin

Kereta setiap bulan instalment 450✔
Setiap tahun bajet Roadtax/insurance tersedia✔
Kahwin 4 tahun dari sekarang✔
Kereta insyaAllah tiada masalah ✔

Disclaimer - ini hanya perancangan kewangan tanpa mengambil kira penigkatan gaji. Setiap orang pasti mempunyai potensi berbeza. Jadi jangan ikut cara orang lain.

Post oleh Hafiz Hazmi

Baca penuh Di Sini
😊