Tip Ringkas Untuk Beli Tanah

Oleh Putera Ambo 


1. Kepada sesiapa saja yang nak beli tanah, sila pastikan anda dapatkan salinan geran dari penjual dahulu.

2. Lepas tu buat carian dekat pejabat tanah. Bawa salinan geran tanah tu, pergi ke pejabat tanah dilokasi tanah yang hendak dibeli tu berada. Boleh juga mintak tolong lawyer buatkan, sebab info dekat carian tu penting sangat kerana semua cerita pasal tanah yang hendak dibeli tu kita boleh semak.

3. Katakan bila dah semak carian tu dan anda bersetuju nak beli, anda disyorkan lantik lawyer untuk bantu urusan jual beli tanah. Takpe lah kena bayar sikit, sekurang-kurangnya urusan itu selamat dan terjamin.

4. Jangan lupa juga untuk lantik juruukur, minta juruukur tu buat semakan info pasal tanah yang hendak dibeli itu. Sebabnya ada juga kes bagi hakmilik sementara, luas tanah tak sama dengan dalam geran. Minta juga juruukur tentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Bila siap saja kerja ukur, anda buatlah site visit untuk untuk tengok betul-betul sempadan.

5. Bila dah rasa semua puas hati, barulah anda minta lawyer buat S&P dan pastikan perjanjian yang terbaik untuk dua-dua pihak penjual dan pembeli.

6. Proses seterusnya, anda ikut je nasihat lawyer sampai lah urusan pindah milik selesai.
Semoga dengan sedikit perkongsian ringkas ini, bolehlah dijadikan rujukan buat semua.

Baca penuh Di Sini