Oleh Putera Ambo
Sekiranya anda berhasrat untuk membina kediaman di atas tapak tanah sendiri melalui pinjaman perumahan. Anda perlu memahami beberapa langkah sebagai panduan sekiranya menggunakan perkhidmatan kontraktor.
Langkah 1: Perbincangan mengenai rekabentuk, ruang dalaman dan saiz kediaman.
Langkah 2: Penghasilan draf pelan
Langkah 3: Pindaan ke atas draft pelan sehingga anda berpuashati.
Langkah 4: Perbincangan mengenai spesifikasi pembinaan dan harga kontrak.
Langkah 5: Menandatangani perjanjian kontrak
Langkah 6: Penyediaan lukisan pelan oleh arkitek dan urusan permohonan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Langkah 7: Urusan permohonan pinjaman samada pinjaman bank atau daripada Lppsa.
Langkah 8: Kerja-kerja pembinaan bermula.
Langkah 9: Kerja-kerja akhir & penyambungan bekalan letrik & air.
langkah 10: Serahan & urusan CF atau CCC.
( Langkah 1-10 biasanya mengambil masa sekitar 9-12bulan, Perjanjian perlu dibuat 24bulan, Bayaran balik pinjaman biasanya selepas 95% tuntutan bayaran dikeluarkan / pada bulan ke 25 )
Syarat paling penting ialah:
1. Memiliki tanah lot dengan syarat bangunan kediaman / pertanian yang sesuai.
2. Memenuhi syarat kelayakan permohonan pinjaman bank/kerajaan.
Perlu diberi perhatian : Kerja-kerja pembinaan akan dijalankan mengikut kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan ( Majlis Perbandaran/daerah ). Tiada sebarang pindaan boleh dibuat oleh pemilik ke atas kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan pihak-pihak berkaitan.
Jangan lupa untuk membuat perbandingan dengan beberapa kontraktor dari segi harga dan spesifikasi untuk kediaman anda itu.
Baca penuh Di Sini