Sekiranya Ada 200K Apa Boleh Buat Dengan Pemajuan Hartanah

Oleh Putera Ambo 

Kenalan : Salam, sekiranya saya ada tunai rm200k, apakah yang perlu saya buat untuk terlibat dalam pemajuan hartanah ?

Ambo : Wasalam, dengan rm200k anda ada dua kaedah iaitu jv tanah dengan owner tanah ataupun beli terus tanah. Untuk lebih mudah difahami, ambo kongsikan tentang membeli tanah. 

Anda carikan tanah 1-2ekar jika ada dengan harga rm200k itu. Katakan anda membeli tanah sekar dan dipecahkan kepada 3lot banglo dan 4lot semid dengan modal keseluruhan rm200k. 

Selepas 1-2tahun geran berasingan berstatus bangunan diperolehi, anda jualkan dulu lot tanah banglo itu beserta pakej membina rumah kepada pelanggan yang membeli tanah lot banglo itu. Sebagai contoh, 3 lot banglo itu dapat dijual dengan harga rm250k.

Dengan hasil rm250k itu, anda binakan rumah dua unit semid setingkat dan dijualkan mungkin dengan harga jualan dua unit rm550k. Selepas terjual rumah itu, anda kini mempunyai rm550k dan gunakan sekali lagi rm250k untuk membina dua unit lagi rumah semid dan juga dijualkan.

Kesimpulannya selepas project itu selesai, mungkin ditahun ke 4/5 anda mempunyai sekitar rm850k dari modal awalan rm200k. Selepas itu, anda ulangkan langkah itu sekali lagi dengan mencari 2-3ekar pada masa akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya ambo ucapkan dan hartanah untuk semua.

Baca penuh Di Sini