Perlu Ke Pemajak Caveat Hartanah Yang Di Pajak?

Oleh Khairul Anuar Mohamadiah

Memandangkan ramai PM tanya pasal Kaveat rumah sewa semalam.. ok nak cerita skit:

1. bila kita sewa rumah/pejabat/tanah orang, kita akan berbincang mengenai tempoh sewaan.
Jika tempoh kurang dari 3 tahun, kita namakan : SEWAAN. 
Jika lebih 3 tahun, kita panggil : PAJAKAN.


2. Mengikut undang-undang Kanun Tanah Negara Bahagian 15, Seksyen 221:-
a. Sewaan, tak perlu daftar kat pejabat tanah.. cukup janji mulut @ bertulis. 
b. Tapi Pajakan, perlu mendaftar di Pejabat tanah


3. Kenapa perlu mendaftar?
a. Untuk menjaga hak Pemajak,
b. Kalau orang lain nak beli hartanah tersebut, dia kena beli sekali dengan hak pemajak,
c. Kalau pemajak nak buat loan dengan pajakan tersebut juga dibolehkan selepas pendaftaran (panjang cerita.. malas nak ulas kat sini)


4. Susah ke nak daftar Pajakan ni
Tak susah, hanya perlu isi form 15A dan hantar kat pejabat tanah


5. Kalau owner Hartanah tu masih ada hutang dengan bank?
Perlu dapatkan kebenaran dari pihak bank (bank tiada hak untuk menolak melainkan dengan sebab2 tertentu)
Ok, harap clear bab atas tu.. dan barulah masuk soalan yang kita cari :-

6. jika pemajak dapat tahu owner nak jual rumah tu, perlu ke pemajak caveat hartanah yang di pajak?
- boleh je nak caveat, sebab dia ada registrable interest..
- tapi soalan asas nya adalah; dia dah daftar ke belum pajakan tersebut?
- kalau dah daftar, macam membazir masa & duit jer untuk masukkan kaveat sebab :-
- kos masuk dan keluarkan kaveat lagi mahal dari pendaftaran pajakan
- bila pembeli buat search kat pejabat tanah, dah terang2 dia Nampak ada pajakan untuk hartanah tu dan dinyatakan secara jelas tempoh pajakan tersebut
- kesian kat owner sebab pembeli baru akan suspect benda pelik ngan hartanah tersebut sebab ada caveat dan terpaksa buat caveat search pula
- kalau owner tak puas hati.. boleh jer dia nak bawa ke mahkamah minta ganti rugi sebab caveat tu menyusahkan dia nnti


7. kalau dia tak daftar lagi pajakan tu?
Menjadi kewajipan dia untuk daftar, jadi gi daftar lah. Harap tak tersalah isi borang kaveat, sebab boang tu lagi mahal huhu


8. Dalam situasi apa Pemajak dinasihatkan masuk kaveat?
- sekiranya terdapat isu yang melibatkan hak-hak beliau ke atas milikan hartanah tersebut.
- contoh paling mudah : dia berminat nak beli plak dalam masa pajakan tu. Owner cakap ok, dah bayar sedikit duit atau dah tandatangan perjanjian jual beli.. tup tap ada orang lain cakap dia pun dah bayar duit deposit untuk tanah yang sama.. haaa dalam situasi ni.. sila Kaveat cepat2


Soalan lagi : Pe cer plak dengan sub let & sub lease?
Ok.. korang like dulu.. rajin kang abam cerita tang tu 😁
- Mr. ezyLawyer -

Baca penuh Di Sini