Wakil Kuasa

Oleh Nazri Mustafa Peguam Hartanah 

Surat kuasa wakil ini digunakan dengan meluas di dalam transaksi hartanah di negara ini. Ia digunakan oleh tuanpunya hartanah untuk antara lain:

1. sekiranya beliau mahu keluar negara dan tidak pulang untuk jangkamasa yang lama, lalu melantik wakil kuasa untuk menguruskannya hartanahnya;

2. ada urusan berkaitan hartanah yang hendak dilakukan seperti menjual atau memajakkan tanahnya, dan tandatangan pemilik hartanah diperlukan, dan pemiliknya ramai.

3. Apabila tuanpunya tanah memasuki suatu perjanjian usahasama dengan Pemaju perumahan untuk memajukan tanahnya. Untuk memudahkan kerja pemaju, pemaju biasanya diberi kuasa oleh tuantanah ini untuk melakukan beberapa perkara yang berkaitan dengan projek perumahan tersebut. Antara kuasa yang biasa diberi kepada pemaju ialah kuasa untuk membuat permohonan kepada autoriti berkenaan, untuk mendapatkan kelulusan projek dan bagi maksud itu, penerima kuasa (iaitu pemaju tadi) juga diberi kuasa untuk menandatangani apa apa borang permohonan atau dokumen yang berkaitan dengan perjalanan projek tersebut.

4. Apabila Pembeli telah membeli hartanah secara tunai dan telah habis bayar, tetapi atas sebab-sebab tertentu masih belum mahu memindahmilik atas nama pembeli.

5. Apabila pemilik menjadi peminjam dari bank lalu memberi kuasa kepada pihak bank ke atas hartanah yang dicagar. Ini terpakai untuk kes kes hartanah yang suratan hakmilik individu belum dikeluarkan. Kuasa yang diberi kepada pihak bank biasanya sangat luas, termasuk kuasa untuk melelong atau melantik pelelong untuk menjual hartanah itu melalui lelongan awam, sekiranya pinjaman gagal dibayar.

#kongsi
#semogamanfaat
#buatjelah
#likulikuhartanah
#ceritadaridalamkamar

Baca Post Asal Di Sini