Oleh Ahmad Firdaus Abdullah
Secara asas terdapat dua jenis pinjaman yang boleh dipohon oleh bakal pembeli rumah di Malaysia, iaitu:
1. Pinjaman perumahan dengan LPPSA - Untuk penjawat Awam yang berstatus TETAP.
2. Pinjaman perumahan dengan Bank - Untuk semua pembeli rumah yang layak
Disini saya terangkan secara ringkas berkenaan dengan kaedah untuk pinjaman dengan pihak LPPSA.
Kemudahan pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:
A. Kemudahan pinjaman yang ditawarkan
- Pinjaman harta pertama
- Pinjaman harta kedua
- Pinjaman bagi ubahsuai rumah
B. Jenis pinjaman yang ditawarkan
- untuk membeli rumah yang siap termasuk tanah
- untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri
- untuk membeli rumah dalam pembinaan termasuk tanah
- untuk pembelian tanah lot
- untuk membayar balik atau tebus bagi pinjaman perumahan dari pihak bank/lain-lain.
- untuk membina rumah atas tanah pinjaman dari pihak LPPSA.
- untuk kerja ubahsuai rumah.
InsyaAllah , saya akan update pula berkenaan dengan syarat-syarat untuk melayakkan kakitangan Awam memohon pinjaman dengan pihak LPPSA.
Semoga bermanfaat untuk semua :)
Baca penuh Di Sini