Oleh Muhd Aman
~ kerja dah hampir 20 tahun
.
pada suatu masa dahulu, selepas kahwin hampir 3 tahun.. hasil berjimat simpan duit gaji, alhamdulillah kami berjaya beli sebidang tanah pertanian di kampung luas 1 ekar suku.. (50,000kps ++).. letak nama isteri.. harga waktu itu RM30,000 tunai..
.
tanah tersebut di tanam rambutan.. lebih 40 pokok.. hasil rambutan pak mertua jual.. semua duit jualan kira bagi padanya dia ambil utk belanja.. kalau setakat org kampung nak makan dia bagi free sahaja..
.
setelah 12 tahun.. pada hari ini nilai tanah tersebut RM120k.. beberapa tahun sudah ada pembeli sanggup nak bayar RM80k..
.
tanah luas seekar suku boleh pecah sempadan kepada 5 lot rumah dgn keluasan setiap lot hampir 10000kps.. letak harga RM80k satu lot di kawasan tersebut boleh jual dgn mudah..
.
dapat RM400k tunai.. modal pecah lot dgn melantik juruukur di kampung dlm RM25k sahaja + sikit kerja tanah + caj KM total RM60k . kalau tiada modal langsung offer pada juruukur satu lot.. berguling guling juruukur akan setuju..kalau nak tambah pun sikit saja lagi..
.
baki ada lagi 4 lot.. jual 3 lot dapat RM240k..
duit ini guna untuk buat rumah TUNAI di tapak baki satu lot lagi.. dengan RM240k dapat banglo tersergam indah di kampung ..
.
inilah kisahnya.. tanah di Kampung Buloh Setiu, Terengganu.. saya masih suami yang bertanggungjawab walaupun tak beli rumah..
.
~ tanah nama saya sudah tentu di Sepang.. :)
.
~ sudah memiliki tanah, untuk memiliki rumah bukan persoalan yang besar..
Baca penuh Di Sini
.