Oleh Putera Ambo
Kenalan : Salam, saya ada memiliki tanah dikelantan seluas 1.2ekar dibeli dengan harga rm160k dari sanak saudara saya sendiri. Apakah langkah seterusnya saya perlu buat jika bercadang untuk menjual tanah secara lot-lot banglo dan bolehkah kongsikan pandangan saudara sendiri ?
Ambo : Wasalam, tanah seluas 1.2ekar itu biasanya boleh dipecahkan kepada 6lot banglo dengan saiz asas satu lot 5600kp. Jika dikelantan kos tukar syarat serentak pecah sempadan kepada 6lot sekitar rm30k.
Langkah ataupun proses yang perlu dibuat adalah seperti berikut :
# Bawakan salinan geran tanah itu kepada pihak jurukur berlesen.
# Beritahu kepada pihak jurukur yang anda ingin buat tukar syarat serentak pecah sempadan kepada lot-lot banglo.
# Dalam masa lebih kurang 1-2minggu, pihak jurukur akan bagi lakaran pecahan lot banglo.
# Sekiranya anda bersetuju dengan lakaran tersebut, pihak jurukur akan keluarkan senarai bayaran.
# Apabila persetujuan keseluruhan dicapai, biasanya pihak jurukur akan mengenakan bayaran pendahuluan sekitar rm5k - rm10k beserta dokumen2 yang diperlukan dan bayaran seterusnya berperingkt sehingga keluar geran berasingan.
# Proses ini biasanya mengambil masa 1-2tahun dan dalam tempoh itu keseluruhan bayaran perlu dijelaskan.
# Setakat itu sajalah tugasan sebagai pemilik tanah. Semua urusan lain seperti ke majlis daerah, pejabat tanah dan lain2 jurukur yang akan buat.
# Jika andai kata geran berasingan keluar pada tahun 2018/2019, tanah lot banglo itu mungkin boleh dijual pada pada harga rm80k - rm100k ataupun lebih mengikut lokasi dan pasaran semasa.
# Nilaian semasa tanah boleh rujuk dekat pejabat penilaian swasta.
# Kebiasaanya harga penjualan tanah tidaklah merujuk sangat kepada nilaian tetapi transaksi jualbeli berlaku apabila harga yang ditawarkan oleh owner sanggup dibayar oleh pembeli.
# Sedikit pengiraan kepada kemungkinan pulangan jika tanah itu dijual pada harga rm90k perlot. Modal asas rm190k ( beli tanah + kos pecah sempadan ). Harga jualan rm90k x 6 = rm540k. Pulangan rm540k - rm190k = rm350k ( dalam masa 3-4tahun ).
Dari sudut pandangan ambo pula, ambo syorkan tanah lot banglo itu hanya bukakan jualan setakat 4lot sahaja. Baki dua lot ( 1 lot bina rumah dan jual dengan menggunakan modal penjualan 4lot tanah dan 1 lot lagi simpan untuk dijadikan tapak sendiri ). Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini boleh dijadikan rujukan dan selamat maju jaya ambo ucapkan.
# Hartanah Untuk Semua
Baca penuh Di Sini