Oleh Ahmad Firdaus Abdullah
Sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang menawarkan pakej bina rumah mampu milik diatas tanah owner sendiri dengan bayaran secara tunai pada harga murah. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa perlu bayar penuh dan menunggu berbulan-bulan untuk mula dibina serta proses pembinaan sampai bertahun ?
Saya disini bukan hendak bandingkan kaedah itu dengan mana-mana pihak, cuma saya ingin kongsikan contoh jadual bayaran berperingkat untuk pembinaan rumah secara tunai yang biasa digunakan. Antaranya adalah seperti berikut dengan contoh harga pembinaan secara tunai :
1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani : 15%
2. Siap pertapakan dan beam bawah : 15%
3. Tiang dan jokong/ikatan bata : 10%
4. Beam atas dan konkrit lantai : 10%
5. Bumbung : 15%
6. Plaster luar dan dalam : 10%
7. Siling luar dan dalam : 10%
8. Mengecat : 5%
9. Kaki lima dan saluran najis : 5%
10. Pintu,jendela,tiles dan lampu kipas : 5%
JUMLAH : 100%
Biasanya selepas 2-4minggu dari bayaran peringkat pertama, pihak kontraktor sepatutnya sudah boleh memasuki tapak bina. Tuntutan bayaran yang perlu dibuat juga berdasarkan peringkat jadual kerja dan bukannya bayar penuh dulu semua baru nak masuk bina.
* Ini adalah kaedah yang saya gunakan bagi pembinaan yang tidak melibatkan kelulusan dari pihak PBT atau rumah yang dibina di atas tanah pertanian.
Baca penuh Di Sini