Info Caveat #2

Oleh Khairul Anuar Mohamadiah


#penting : bila sesuatu hartanah tu ada caveat, segala transaksi ke atas hartanah tu akan dibekukan. Maknanya hartanah tu tak boleh nak tukar nama & sebagainya. Kalau nak teruskan gak, kena buang dulu caveat tu.
ok harap nya rakan-rakan sekalian dah faham maksud caveat tu.. tak faham lagi, sila rujuk post semalam =)
skang nak citer skit apa kebaikkan Caveat ni.

1. Kebaikkan kepada pembeli:- 
bila pembeli dah bayar deposit, tempoh untuk mendaftarkan nama sepenuhnya mengambil masa yang agak lama, dan banyak benda boleh berlaku kepada pembeli, (contohnya owner/agent kutip deposit sampai 10 orang huhu).

2. Kebaikkan kepada BAKAL pembeli:- 
Jadi bila masuk benda ni, automatic bakal pembeli lain tahu tanah ni ada masalah.. dan boleh buat semakkan kat pejabat tanah sebab2 caveat di masukkan. (mengurangkan masalah tuntutan hak berlapis)

3. Kebaikkan kepada bank:- 

bila hartanah tu masih ada hutang, bank perlu buat bayaran tebusan terlebih dahulu (redemption). Jadi bila bank dah bayar duit ni, kira hartanah tu dah jadi hakmilik penuh PENJUAL, boleh lah dia nak jual kat orang lain plak.. so bank pun takut gak duit diorang burn..

- jadi dengan memasukkan caveat ni, dia dah bagi tau semua orang yang berminat.. awek ni aku punya aaa.. sila kacau kalau berani.. hehe..

4. Kebaikkan kepada penjual:- 
malang.. sebenarnya benda ni di buat untuk protect pembeli.. so kira racun kepada penjual.. haha
- tapi ada beberapa ketika, ianya boleh dimanipulasi untuk kebaikan penjual..

- contoh paling senang, kalau penjual pandai.. benda ni bleh selamatkan hartanah beliau dari di lelong..
sysss... maklumat cam ni tak bagus didedahkan kepada orang kebanyakkan.. hehe.. agak2 ramai tak nak tahu cam ne tu? =)

yang benar,

#theperasanbestsolicitor =)

Baca penuh Di Sini