Oleh Syahrizat Mohd Halid
Kali ni entri abam panjang sikit, abam harap ia beri manafaat kepada anda semua.... Tidak kira mungkin kepada mereka yang baru bermula mahu membeli hartanah atau mungkin bagi mereka yang mahu menambah hartanah.... Sila kongsi jika ia benar benar bermanafaat.
PETUA ELAK HARTANAH KENA LELONG SEBELUM MEMBELI
1) Pastikan buat kajian terhadap lokasi yang mahu dibeli, ia bukan sahaja kajian dari segi logistik, topografi malah tahap kemampuan ekonomi setempat...
Contoh:
Membeli unit kondo di kawasan industri, jika industri pula lebih kepada "pekerja asing", harga pula 500k yang mungkin bayaran bulanan 2400 sebulan.... Adakah pekerja ini golongan target sewaan yang sesuai, berkemampuan dari segi sewaan
2) Pastikan, jika hartanah adalah "Undercon", WAJIB anda membuat lawatan ke tapak dimana hartanah anda beli...
Kenapa???
Adalah kebiasaan pemaju membina "sales gallery" dilokasi mudah untuk dilawati namun, tapak sebenar mungkin bukan di situ.... Lihat sendiri kemudahan dan rujuk nota (1)
3) Pastikan sudah buat semakan kemampuan poket kita sendiri.... Juga sentiasa tanya...
Jika ku beli, siapa yang bayar nanti??
Jika ku beli, ku mampu tidak??
Jika ku beli, ada ke yang suka??
Jika ku beli, yang duduk mampu ke??
Ini soalan sangat penting, kadang kala... Nak beli mudah banyak diskaun dan rebate tapi.... Nak jaga nak urus dan nak bayar itu.....
Abam tidak takutkan anda, cuma abam mahu anda jadi 18 kali bijak.
4) Pastikan beli hartanah, jangan syok sendiri, jika harapkan orang lain yang bayarkan... Kenalah pilih unit kegemaran ramai... Disukai ramai...
5) Pastikan beli hartanah yang banyak alternatif, kurang kekangan....
Faktor keluasan sememangnya membantu.. Yelah nak sewa satu unit ke... Nak sewa bilik ke.... Nak sewa kepala ke...
Lagi banyak pilihan lagi baik.... Lagi sikit kekangan lagi 100 kali baik.....
PETUA ELAK HARTANAH KENA LELONG SEMASA PROSES JUAL BELI
6) Pastikan guna manafaat masa, terutama bagi pembeli "Undercon", anda ada tempoh 2 hingga 3 tahun berehat...
Jika anda pandai dan mahir mencari rezab kewangan atau tambah baik profile... Abam galakan... Sebagai contoh ada yang pairing "Undercon" dengan ASB dan sebagainya..... Walau nampak beban baru tapi.... Ia "Force Saving" yang sihat....
Seriously, bagi yang faham teknik tersebut.... Ia awesome!!!!
PETUA ELAK HARTANAH KENA LELONG SELEPAS PEMBELIAN
7) Pastikan cepat ambil kunci.... Jangan tangguh... Lagi lambat lagi jauh anda "queue"
Ini penting, terutama bagi hartanah yang dibeli di kawasan "High Density" contoh kondo, ada 3000 unit siap serentak.... Emmm nak ambil kunci pun beratur, nak siapkan "defects" pun kadang kadang berjanggut....
Ini semestinya, memberi kesan pada "cash flow" yelah.... Kena bayar sendiri kan....
7) Pastikan siapkan ubahsuai cepat unit anda... Sewakan cepat... Duit pun cepat....
Lepas terima kunci bagi "undercon" memang selalu ada buat "pembaikan kerja kecacatan", macam nota atas (6) kerja ini selalu ambil.masa panjang....
Jadi, abam sarankan, kalau "defects" tu setakat, cat sikit boleh selesai.... Tak perlu komplen sangat, cepat cepat ubahsuai dan mula sewakan.... Jika berhasrat untuk sewa
Cepat siap... Cepat iklan... Cepat orang masuk dan cepat dapat semula "Cash Flow" kannn....
Kalau ikut beratur.... Menangis juga
8) Pastikan harga tepat.....
Semestinya bagi bakal penyewa, harga selalunya faktor terbesar....
Pendapat abam, kalau kurang modal... Sewa kosong dulu pun tak mengapa, biar rugi sikit tahun pertama..Alah rugi setakat 200-300 bawah market sewa... Jangan kecil hati.....
Tapi kalau modal ada, sewa dengan perabut lagi seronok.... Lebih menguntungkan tapi biasalah ada risiko lain pula....
Adatlah risiko tetap ada.... Sebab kalau kosong, tak sewa pun lelong pula risikonya....
Ok.... Semoga Bermanafaat
ABAM PEGANG BURUNG
klik untuk banyak lagi tips
Abam Pegang Burung Officials
Baca penuh Di Sini