Oleh Nazri Mustafa
Hampir setiap hari saya dan team saya berhadapan dengan pelbagai kes jualbeli hartanah. Setiap kes ada peluang dan masalahnya tersendiri.
Walaupun betul ia hanya melibatkan transaksi hartanah yang pada pandangan sebahagian pihak, adalah kes yang " straight forward" sebab jualbeli hartanah je pun, tapi ada sebahagian besar kes yang tidak begitu.
Antarnya melibatkan :
hartanah yang statusnya berbeza, orang2 nya berbeza ( ada yang fleksibel ada yang rigid);
pemaju terdahulu yang berbeza beza cara ( ada yang dah gulung, ada yang slow untuk respon, ada yang laju dan ada yang buat tak kisah);
ada yang nak dapatkan penyata tebushutang dari bank pun berzaman baru dapat respon terutama yang refinance ( khabarnya bank sayang nak lepaskan pelanggan yang "good paymaster"... );
Ada yang kena buat " double transfer" sebab geran dah keluar tapi belum masuk nama Penjual;
Ada yang Penjual sabar tapi Pembeli tak sabar2 nak masuk awal... nak renovate, nak ukur, nak tempah langsir dan sebagainya, asik talipon suruh mintakkan kunci;
Ada yang berjaya pujuk Penjual serah kunci tapi akhirnya bertelingkah kerana urusan nya masih belum selesai2 setelah banyak bulan sebab kesnya Pemaju telah digulungkan;
Ada yang berebut nak buatkan SNP, dokumen dah sampai mintak balik sebab nak pakai pulak lawyer yang Penjual rekomen;
Ada yang kata Letter Offer dah lama sign tapi lawyer tak panggil2 sign.. macamana nak panggil sebab Letter of Instruction dari bank yang lantik Peguam pun tak sampai2;
Tapi ada yang sangat mudah , pihak2 yang kami berurusan pun mudah bagi kerjasama. Ini adalah kes2 penawar duka dan. booster untuk terus menyiapkan semua file file yang ada.
Tetapi BUKAN semua negatif. Lebih banyak yang positif.
Ramai klien yang faham dan yang bayar "on time " bila diajukan invoice, ada yang kata tak isi minyak macamana nak jalan. Tapi ada juga yang asik tangguh tangguh bayar tapi kerja nak TIP TOP.
Begitulah sebahagian asam garam tugas Peguam yang buat kes hartanah. Takat jadi PUNCHING BAG tu dah biasa.
Pada masa yang sama, kami mahu mendidik masyarakat supaya celik ilmu transaksi HARTANAH supaya kerjasama erat dapat diberikan.
Sebagai pengantara dan pemudahcara, kami mahu bekerja dengan GEMBIRA. DAN MENGGEMBIRAKAN semua orang.
Yang lebih penting, berdoalah apabila membeli atau menjual HARTANAH supaya transaksi anada dipermudah dan berjalan lancar TANPA dugaan besar dan sakit kepala mikir. Ini yang TERBAIK.
Sendiri mau ingat.
Baca Post Asal Di Sini