Oleh Nazri Mustafa Peguam Hartanah
Ini ada satu masalah jualbeli HARTANAH yang selalu melambatkan proses jualbeli.
Ada orang suka kata lawyer lambat tapi sebenarnya ada sebab yang sebabkan ia jadi lambat.
Dan sebab ini memang selalu sebabkan jualbeli ini jadi lambat selesai.
Peguam pun bukan gemar sangat buat file yang lambat selesai disebabkan oleh sebab ini.
Bayangkan fail orang lain boleh selesai dalam 3 bulan tapi fail ini Peguam kena pegang sampai 6 bulan, 8 bulan sampai 12 bulan.
Mana nak sukanya, bayaran LEGAL FEES sama tapi buat kerja kena extra... simpan file lama... nak tanya sana sini lagi, carik Pemaju lagi, kerja tambahan lagi, kena marah sebab lama file tak selesai, di sebabkan oleh sebab ini.
Sebabnya ialah suratan hakmilik.
Individu atau bahasa umumnya GERAN untuk hartanah YANG NAK DIJUAL tu dah keluar lama dah, TETAPI semasa GERAN tu dah keluar dulu, PENJUAL tak pergi " settle" kan pertukaran nama dari Pemaju kepada nama Penjual.
Bila nak JUAL baru nak buat tukar nama atas nama Penjual dulu, baru tukar atas nama Pembeli. 2 kerja.
Atau bila nak RE FINANCE baru nak buat tukar nama?
Kenapa agaknya bila Pemaju dan Peguam Pemaju dan Peguam Bank ... hantar surat pada Penjual minta datang ke pejabat dorang, Penjual tak ramai yang datang...??
Agaknya sebab ada kos tambahan yang Penjual kena bayar. Nak kena keluar DUIT tu yang mungkin jadi sebab kenapa ia dilambat lambatkan tu.
So tunggu " BILA PERLU" baru buat.. contonhya bila nak dijual sebab ada duit nak masuk, bolehlah di "allocate" skit ATAU BILA nak REFINANCE sebab ada duit nak datang.
Ada KOS lagi?
Ya ada.... nak tahu say " Nak"....
#likulikuhartanah
Baca Post Asal Di Sini