Beza Antara Beli Tanah Lot Lidi Dan Tanah Pertanian Pemilikan Bersama.


Oleh Salkukhairi Abd Sukor 

Bila saya kata TANAH LOT BANGUNAN GERAN KONGSI (LOT LIDI) tidak boleh di pindah milik kepada pembeli, ramai yang keliru dan marah saya balik.

Ada yang kata, dulu ayah saya beli boleh je buat pindah milik. Nama dia boleh je masuk dalam geran. Tak de masalah pun.

Sebenarnya, yang ayah dia beli tu bukan tanah lot bangunan geran kongsi tetapi TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA.

Jangan keliru antara kedua-duanya.

Yang saya kata tak boleh dipindah milik tu adalah kalau korang beli TANAH LOT YANG DIDAKWA BERSTATUS BANGUNAN, TETAPI HAKIKATNYA MASIH TANAH PERTANIAN.

Dalam geran pun nama seorang pemilik berdaftar sahaja. Sedangkan pembeli 10 orang. Macam mana nak pindah milik kepada kesemua 10 orang tu. Memanglah tak boleh. Melainkan penjual buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu. Dapat geran individu yang berasingan barulah boleh dipindah milik pada nama korang.

Tapi kalau korang beli mana-mana bahagian daripada TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA, yang tu boleh di pindah milik kepada nama korang. Tak de masalah. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.

Boleh faham tak? Lain kali kalau tak faham, jangan terus "sembur" orang lain. Belajar dulu sampai pandai. Baru lah komen.

Kalau nak faham lagi, sila rujuk ilustrasi di bawah.



Baca Post Asal Di Sini