Boleh Ke Penyewa Masuk Caveat Ke Atas Rumah Yang Di Sewa??

Oleh Khairul Anuar Mohamadiah



- Tak boleh
.

2. KALAU DEGIL JUGA MASUK CAVEAT
- tuan rumah boleh bawa ke mahkamah untuk tuntut ganti rugi
.
.

Antara contoh ganti rugi yg boleh tuan rumah tuntut?

- dah ada orang nak beli rumah tu, buyer urgent nak masuk rumah.. buyer dah bayar deposit dah bayaran2 yg berkaitan.. sekali penyewa masukkan caveat.. bank tak nak release Balance Purchase price.. buyer malas nak gaduh g cari rumah lain.. claim semula deposit, legal fees, stamping & lain2 costing dari owner..
Hmm masak lah penyewa yg masukkan caveat tu membayar gantirugi..

3. KENAPA PENYEWA TAK BOLEH MASUKKAN CAVEAT?
- Penyewa hanya ada "beneficial interest" bukan "registrable interest"..
- dan caveat akan menidakkan hak mereka yg mempunyai "registrable interest"..

4. SAMA KE DENGAN KES PEMAJAK? (lease)
- Pemajak hanya boleh masuk caveat selama tempoh dia memajak & perlukan pendaftaran pajakan..

5. KLU TAK BOLEH KENAPA PEJABAT TANAH BENARKAN?
- Tugas Pendaftar dalam kes kaveat hanyalah mendaftar, bukan menentukan siapa yg berhak mendaftar
Nota : undang2 caveat di malaysia berada di bawah Kanun Tanah Negara 1965, Bahagian 19

Baca Post Asal Di Sini