Sekiranya Rumah Nak Kena Lelong & Pemilik Memang Sebenarnya Nak Lepaskan Rumah Tu..Yang Mana Lagi Bagus

Oleh Khairul Anuar Mohamadiah 

1. biar BANK LELONG @

2. cari pembeli dan jual secara JUALAN TERUS
jawapan:

errr... satu keadaan yang tak mudah dan perlu di lihat dari banyak sudut…

samada nak biar BANK LELONG atau jual secara terus bergantung atas beberapa situasi, kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan situasi2 tersebut adalah seperti berikut:-

1. duit deposit
a. BANK LELONG : deposit 10% akan dipegang oleh bank
b. JUALAN TERUS : deposit 10% di bayar kepada penjual
yang mana lagi bagus = B

2. harga lelongan
a. BANK LELONG : di tentukan oleh permintaan, kalau kawasan bagus, mungkin akan pergi jauh lebih mahal dari harga pasaran
b. JUALAN TERUS : bergantung atas rundingan dan kebiasaan nye pada harga pasaran 
yang mana lagi bagus = ada kelebihan dan keburukan masing2

contoh kes:

saya pernah buat 2 tanah bersebelahan dari pemilik yg sama. Tanah A jual direct dengan harga RM1.7m, tanah B jual lelong dengan harga 1.97m

3. tempoh jualan
a. BANK LELONG : proses lebih cepat kerana pembeli terikat dengan limit masa
b. JUALAN TERUS : bergantung atas situasi & kebiasaan nye sedikit lambat (dan mungkin banyak lambat)
yang mana lagi bagus = A
saya pernah buat 2 lot kedai bersebelah dari pemilik yg sama. Masa jualan hamper sama.. Lot A jual direct dah dekat 5 bulan, tak nampak batang hidung duit pun.. Lot B jual lelong, tak sampai 3 bulan dah dapat bayaran penuh & duit lebihan pun dah habis rasanya haha

4. kebenaran pindah milik - (tidak terpakai untuk case LACA) – boleh check National land code
a. BANK LELONG : tidak perlu, jimat 1-2 bulan
b. JUALAN TERUS : perlu. Cukai pintu & cukai tanah perlu dijelaskan sepenuhnya
yang mana lagi bagus = A

5. hutang dengan bank yg sama
a. BANK LELONG : sekiranya pemilik mempuyai tunggakan hutang lain dengan bank yang sama (hartanah, credit card, personal loan etc), terdapat satu klausa dalam Loan agreement yang membolehkan bank pakai duit lebihan (access money) untuk menyelansaikan hutang lain
b. JUALAN TERUS : duit lebihan (access money) semua dapat kat pemilik
yang mana lagi bagus = B

6. kos tersembunyi
a. BANK LELONG : banyak … banyak … & banyak .. legal fees (LOD stage, court stage, auction stage, past auction stage), auctioneer fees, agency fees dan bank potong ikut suka.. sebab tak de orang nak halang & bank cakap… ADA AKU KESAH???
b. JUALAN TERUS : sangat minima jika anda tumpang lawyer pembeli
yang mana lagi bagus = B

7. kekejaman
a. BANK LELONG : langgar syarat jer, bank terminate, jual balik… duit deposit baru akan masuk akaun pemilik
b. JUALAN TERUS : pembeli wat muka kesian.. penjual tak sampai hati nak terminate … so bagi peluang dan tungguuuuu
yang mana lagi bagus = A

8. Kondisi rumah
a. BANK LELONG : as where is as basis – tak perlu repair2
b. JUALAN TERUS : pembeli skang demand pelik2.. haha
yang mana lagi bagus = A

9. serahann hak milik kosang
a. BANK LELONG : di tanggung sepenuhnya oleh pembida berjaya (kat sini kalau lawyer power [macam lawyer …ehem ehem … haha] boleh dapat few thousands
b. JUALAN TERUS : tanggungjawab penjual
yang mana lagi bagus = A

10. kos perpindahan
a. BANK LELONG : boleh dibawa bincang
b. JUALAN TERUS : tanggungan penjual
yang mana lagi bagus = A
amacam... pening tak? hehe... kalau tak nak pening... meh lantik AKRA jadi lawyer korang.. insyallah akan banyak membantu =)
untuk proses macam mana nak contact dengan owner yang rumah nak kena lelong, nak negotiate ngan owner supaya dia jual kat kita pada harga yang murah dari harga lelong, proses nak stop BANK LELONG, nak negotiate ngan bank supaya dapat settlement cepat & macam2 lagi insyallah... saya bagi tau kalau ramai yang komen.. "saya nak lagi" hehe

Baca penuh Di Sini