Perkongsian daripada pengalaman saya sendiri.
Dua hari lepas , saya berkesempatan untuk uruskan akaun bank Allahyarham bonda tercinta. Sebagai seorang anak, saya perlu jalankan amanah ini. Ditambah pula sebelum beliau pergi, beliau sempat pesan pada diri ini.
1. Semua duit mak dalam akaun mak tu bukan semuanya hasil dari mak sendiri. Ada yang dari adik beradik, anak-anak dan orang lain yang bagi.
2. Mak nak separuh dari duit mak tu di infaqkan. dan separuh lagi tu bahagilah sesama anak beranak.
Antara akaun bank mak yang diriku perlu uruskan
1. Tabung Haji (sentiasa aktif)
2. ASB dan ASN (last update 1998)
3. BSN (dah lama tak update)
Dalam ke3 akaun ni, urusan Tabung Haji paling senang nak diuruskan. Manakala untuk ASB, ASN dan BSN perlu melbatkan setem hasil dan akuan bersumpah .
.
1. Tabung Haji urusan menjadi mudah apabila adanya PENAMA. Penama boleh isi lebih pada seorang. Untuk TH saya lebih setuju penama satu letak suami atau isteri, penama ke2 saya sarankan letakkan nama pada anak yang senang untuk berurusan. Sebelum mak pergi dia sempatkan letak dirini sebagai penama ke2.
i. Urusan akaun TH untuk si mati, hanya perlu transfer duit ke akaun penama sahaja yang mengambil masa 3 minggu.
Dokumen yang perlu :
a) sijil kematian (original sebaiknya)
b) kad pengenalan penama
Saya juga lebih sarankan sekiranya anda nak simpan biasa, lebih baik simpan di TH dan letakkan sekali penama. di Malaysia sebanyak 27 bilion duit tidak dituntut kerana masalah penama. Jadi selagi masih hidup ini, kita cuba senangkan orang lain untuk uruskan harta kita selepas ketiadaan kita.
2. Untuk kes ASB, ASN dan BSN dokumen yang perlu
i . sijil kahwen sekiranya suami isteri yang tuntut
ii. surat beranak yang original sekiranya anak yang nak tuntut
iii. ada borang yang perlu diisi dan perlu matikan setem hasil.
ULASAN
1. Letakkan penama untuk akaun simpanan seperti TH
2. Berkongsi info pada suami isteri serta anak segala harta, hutang yang kita miliki. Kalau boleh berbincang tentang pembahagian terus, ada baiknya juga.
3. saya lebih refer buat wasiat sekiranya banyak harta seperti tanah kebun, rumah, pelaburan serta simpanan .
4. Jangan sensetip kalau bercerita tentang kematian, seolah-olah kita tak mati.
Oleh Hanafi Hamin
Baca penuh Di Sini