Tip Untuk Mendapatkan Pinjaman Perumahan Bagi Peniaga Ataupun Bekerja Sendiri

Tip ini adalah secara ringkas dan ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Anda mungkin mempunyai kaedah ataupun tip lain yang boleh dikongsikan bersama.

1. Daftarkan perniagaan ataupun tubuhkan syarikat samada berstatus entreprise atau sdn bhd dan buka akaun semasa di bank. Masukkan segala pendapatan dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa. Pastikan penama perniagaan/syarikat dengan akaun bank adalah sama. Sebabnya ada yang telah berniaga tetapi hanya menggunakan akaun simpanan sahaja.

2. Bukakan juga akaun semasa atas nama sendiri dan keluarkan gaji setiap bulan dari akaun semasa syarikat untuk membuktikan kita mempunyai pendapatan kepada pihak bank. Baki setiap bulan di dalam akaun semasa syarikat dan peribadi biarlah ada lebih sedikit dan jangan biarkan kosong.

3. Maintain proses ini sekurang-kurangnya 6 bulan - 12 bulan. Perbanyakkan aktiviti keluar masuk duit biarpun duit yang keluar masuk itu adalah duit yang sama. Tetapi dipenyata bank kita nanti, jumlah transaksi yang terkumpul akan diambil kira.

4. Kebanyakan kita yang berniaga cuba mengelakkan dan tidak membayar cukai perniagaan,tidak mempunyai borang EA oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sekiranya anda mempunyai tunai yang cukup banyak dan tidak memerlukan pembiayaan/pinjaman bank maka ianya tidak apa. Tetapi jika anda ingin membuat pinjaman bank kebanyakan akan menghadapi masalah. Pembayaran cukai ini adalah satu bentuk bukti pendapatan yang diisytiharkan kepada kerajaan. Bank akan mempunyai keyakinan sekiranya anda merupakan seorang pembayar cukai dan sekaligus meningkatkan integriti anda di mata pihak bank.

5. Jika anda sudah berniaga beberapa tahun tetapi tidak membayar cukai dan ingin membuat pinjaman perumahan dan menghadapi masalah. Anda boleh membayar cukai untuk beberapa tahun yang lepas tapi anda mungkin akan dikenakan sedikit denda dan penalti. Caranya anda pergi ke LHDN dan bayar untuk 2-3 tahun yang lepas. Mungkin jumlah yang akan dibayar adalah banyak tetapi ianya akan memudahkan urusan mendapat pinjaman. Perlu diingat juga, dalam hal ini perlu dapatkan pandangan dari akauntan bertauliah kerana LHDN juga mungkin akan menyiasat anda jika jumlah cukai yang tidak dibayar adalah banyak. Kalau boleh isytiharkan hanya jumlah yang memadai untuk anda mendapatkan kelulusan.

6. Cuba sedaya upaya adakan simpanan ke dalam KWSP,Tabung Haji,ASB atau Deposit Tetap diatas nama anda kerana bank mungkin memerlukan dokumen sokongan. Simpanan itu juga bagi membuktikan anda memiliki sumber kewangan yang kukuh dan simpanan yang berpadanan untuk menampung keperluan anda dalam tempoh yang tertentu sekiranya anda ditimpa masalah/musibah.

7. Kesimpulan dan pengakhirannya, milikilah rumah pada usia yang muda kerana tempoh pinjaman boleh dipanjangkan dan bayaran bulanan boleh dikecilkan sekaligus syarat pinjaman juga tidak akan berapa ketat. Kebanyakan bank memerlukan penyata bank minima 6 bulan dan jaga akaun anda sekarang.

Oleh Putera Ambo 


Baca penuh Di Sini