Kenapa Islamic Financing Lebih Mahal ?
Itu pentingnya ilmu, tanpa Ilmu memang senang jatuhkan hukuman. Lepas tu kekalkan diri menyokong sistem Riba' dalam perbankan konvensional.
Kenapa nampak Pembiayaan Islamik lebih mahal? Mari saya tunjukkan contoh supaya orang ramai mudah faham.
Tahun 2008-2009 ,BFR pernah turun kepada 5.55%.
Contohnya waktu itu bank bagi offer -2% = maka Effective rate waktu itu adalah 3.55%. Katakan jumlah pembiayaan RM250,000 , maka bayaran bulanannya adalah RM1040 sebulan. (Rujuk Gambar 1)
Saya ambil pula BFR yang terakhir yang naik pada July 2014 iaitu 6.85%. Ditolak offer bank -2% , effective rate terkini adalah 4.85%, maka bayaran bulanan naik kepada RM1238. Peningkatan bayaran bulanan sebanyak RM198.
Bila ini Pembiayaan Islamic , Bayaran bulanan tersebut turut berubah menjadi RM1238 sebulan kerana Peningkatan kos, bank akan mengurangkan Ibra' (rebet). (Rujuk Gambar 2). Kenapa jumlah bayaran meningkat? Jawapannya supaya bayaran dibuat dalam tempoh tidak melebihi 35 tahun seperti yang dijanjikan dalam kontrak perjanjian.
Tetapi bagi pinjaman konvensional, pada asalnya repayment bulanan RM1040, bila berlaku kenaikan BLR tersebut, repayment bulanan RM1040 boleh dikekalkan . Ini yang menampakkan seolah-olah pinjaman konvensional lebih murah daripada Pembiayaan Islamic.
ANDA SEDAR SEBENARNYA ANDA TERKELIRU ? Mari saya jelaskan lagi..
Bila BLR meningkat dan Kita mengekalkan installment repayment yang sama dalam pinjaman konvensional, memang installment bulanannya tidak meningkat, tetapi tempoh bayaran semula akan meningkat mendadak (Rujuk gambar 3) . Sekiranya Kita mengekalkan repayment bulanan RM1040, pinjaman yang asalnya bertempoh 35 tahun , meningkat menjadi 73 tahun. 🔫 untuk pinjaman tersebut habis dibayar . Peningkatan tempoh bayaran 38 tahun.
Kerana nak jimatkan RM198 sebulan, anda rugi extra RM1040 x 12 x 38 tahun = RM474,240. Nampaknya sampai ke Mati rumah tak habis dibayar.
Dulu waktu saya memproses Pembiayaan perumahan , saya tidak pernah gagal mempengaruhi orang bukan Islam , Cina, India dan Singh untuk memilih Pembiayaan Islamik dan mereka menolak 100% pinjaman konvensional bila diberikan penerangan kepada mereka . Pembiayaan Islamik terlalu banyak kelebihan berbanding pinjaman konvensional especially menjauhi sistem Riba'. Tapi sedih bila orang Melayu Islam sendiri yang menolak Pembiayaan Islamik, menyamakan dengan pinjaman konvensional malah masih ada ramai yang mengagungkan pinjaman konvensional sebab sangkaan mereka lebih murah dan lebih baik, sedangkan sebenarnya mereka terkeliru dan tidak sedar dengan tempoh repayment yang meningkat berganda.
Tanpa ilmu , Kita sebenarnya terus menipu diri sendiri.
Oleh Khairul Ezuwan
Baca penuh Di Sini