Nasihat Untuk Anak Muda Oleh Salkukhairi Abd Sukor

Saya bukanlah perunding kewangan yang hebat untuk memberi nasihat tentang perancangan kewangan anda. Tetapi alhamdulillah saya amat peka tentang pengurusan dan perancangan kewangan saya sejak zaman universiti lagi.

Saya bukanlah pelabur hartanah yang memiliki puluhan buah rumah untuk memberi nasihat tentang pelaburan yang terbaik untuk anda. Tetapi alhamdulillah adalah sebuah dua rumah untuk tempat berlindung bersama isteri dan anak-anak.

Saya bukanlah seorang bisnesman yang berjaya, malah jauh sekali berstatus jutawan. Tetapi alhamdulillah bolehlah survive setakat ini untuk menyara keluarga dan menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Saya hanyalah seorang peguam hartanah cabuk yang hidup sederhana. Tidak punya kereta mewah, rumah mewah, pejabat mewah dan tidak mampu pergi bercuti mewah keluar negara seperti kebanyakan orang.

Tetapi saya bersyukur dengan kehidupan yang serba sederhana ini. Walaupun serba sederhana tetapi saya tidak pernah menghadapi hutang yang tertunggak dengan bank, tidak pernah pening kepala memikirkan macam mana nak bayar hutang bank tiap-tiap bulan, tidak pernah rasa runsing macamana nak tanggung makan minum dan pelajaran anak-anak yang seramai 7 orang ini, masih mampu memberi wang belanja bulanan kepada ibu bapa dan masih mampu membantu mana-mana pihak yang memerlukan dengan seadanya. Alhamdulillah semuanya ditakdirkan teratur sahaja oleh Allah Taala.

Sejak dari zaman universiti lagi saya telah mengatur pengurusan kewangan saya dengan teliti. Tatkala students lain memiliki motosikal dan kereta, saya selesa berjalan kaki dan naik bas atau LRT sahaja untuk ke mana mana.

Tatkala students lain berbelanja sakan dgn wang pinjaman pelajaran mereka, saya lebih senang menyimpan sebahagian wang pinjaman pelajaran tersebut dalam bank. 

Saya tidak pernah mintak wang belanja dengan mak ayah saya. Apa yang mereka beri itulah yang saya gunakan untuk tampung kehidupan saya di universiti. Saya ada buat bisnes kecil kecilan fotostat buku dan dijual kepada students lain. 

Wang-wang tersebut sebahagiannya saya gunakan untuk tampung pengajian saya dan sebahagiannya disimpan dalam bank.

Dan alhamdulillah berkat pengurusan kewangan yang saya lakukan, apabila saya tamat sahaja pengajian di universiti saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM15,000.00 dalam akaun saya.

Selepas habis chambering saya mendirikan rumah tangga. Saya gunakan sebahagian wang simpanan saya untuk tujuan hantaran dan perbelanjaan kenduri kawin. 

Alhamdulillah saya tak minta pun duit mak ayah saya untuk urusan perkahwinan saya. Semuanya hasil daripada simpanan saya tersebut. Selebihnya saya gunakan untuk keperluan perbelanjaan selepas berumahtangga.

Selepas berkahwin saya tidak terus beli kereta. Saya beli motosikal secondhand daripada seorang kenalan masa di universiti dulu. Motosikal itulah saya gunakan untuk ke mana-mana bersama isteri saya. Saya juga tidak terus beli rumah selepas berkahwin. Saya menyewa di rumah teres sederhana. Tetapi alhamdulillah sewa bulanan saya tidak pernah miss. Cukup bulan saya akan bank in bayaran sewaan dalam akaun tuan rumah.

Selepas isteri mengandung anak pertama, barulah saya beli kereta pertama saya. Kereta proton saga earoback. Harga tidak sampai RM40K. Walaupun nafsu terfikir nak pakai kereta yang lagi hebat seperti Honda dan Toyota, maklumlah masa tu baru kerja peguam, nampak macam kerja hebatlah kononnya, tetapi saya pendamkan sahaja keinginan tersebut.

Slps dapat anak pertama barulah sy beli rumah teres harga RM120K sahaja. Itulah yang saya mampu ketika itu. Tetapi alhamdulillah berkat pengurusan kewangan yang betul dan disiplin menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi, dalam masa 7 tahun saya dapat selesaikan keseluruhan hutang rumah tersebut dengan bank.

Jadi pesanan saya kepada anak-anak muda yang baru nak belajar erti kehidupan berdikari, hidup ini adalah putaran roda. Sebelum anda berada di atas, rasailah kehidupan berada di bawah. Tidak salah belajar erti kesusahan. Kerana daripada kesusahan itulah anda akan berusaha memperbaiki diri anda. Daripada kesusahan itulah anda akan belajar menyimpan sejak dari awal lagi. Daripada kesusahan itu anda akan belajar menghargai apa yang anda ada.

Jangan cepat nak hidup senang atau mudah terikut ikut dengan kehidupan org lain. Tetapi hadapi lah kehidupan dengan perancangan yang baik mengikut acuan diri sendiri. Semua orang boleh berjaya dalam hidup asalkan kita ikut jalan yang betul. Kerana Allah maha adil kepada hamba2 Nya.

Orang yang Berjaya dlm hidup bukanlah orang yang sekadar memiliki kereta besar, rumah besar, duit banyak dan hidup dengan kemewahan. Tetapi orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang berjaya menguruskan hidupnya dengan teratur untuk kehidupan yang bahagia dan yang paling penting diberkati oleh Allah Taala. Disamping yang lebih penting dapat memberi manfaat kepada orang lain dan masyarakat juga.

Oleh Salkukhairi Abd Sukor

Baca penuh Di Sini