Sejak tahun 2008, saya memang aktif berniaga dan buat duit. Kedai makan, projek so called korporat, kedai serbaneka, supply barang, kereta 'assigment', jersi, bazar ramadhan dan banyak lagi.
Dengan permulaan sebuah gerai jambu yang jadi fenomena di jb pada tahun 2009, dari sebuah gerai bertambah menjadi 13 biji gerai dalam masa kurang 2 minggu. Dari pendapatan rm150 sehari bertambah menjadi rm2-4k sehari.
Dari syarikat ayam tak ada sesen pun bertambah menjadi riban-riban...
Dalam pada itu, my ALWAYS BIG WHY; parents selalu mengingatkan "boy, berkongsi ni perlu berhati-hati dan sebaiknya elakkan lah. Awal-awal semuanya manis"
Dan betul, saya di 'GAME' kan beberapa kali oleh rakan kongsi.
Tapi itu tak bermakna dunia saya sudah 'kiamat'. Darah muda menggelegak buatkan hati tak pernah takut untuk mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan 'tune' yang the best.
dan akhirnya...
Saya terpaksa akur untuk bekerja berbekalkan ijazah UNIMAP.
Dan surprisingly, di tempat kerja yang tak sampai beberapa tahun tersebut, banyak mengajar saya berkaitan dengan management, disiplin, human resource, persahabatan, tektikal, strategy,politik dalam pejabat dan teknik beramah mesra untuk berkawan.
Dengan ilmu indirectly tersebut walaupun hanya beberapa tahun sahaja dalam tak sedar saya membuat 'come back'.
Percaturan Allah maha hebat.
Saya berpindah ke Perlis. dan di negeri indah permai ini saya nampak segala-gala peluang yang tak pernah saya nampak selama ini terbentang di depan mata. Subhanallah...
Hari ke hari, Allah berikan ilham dan saya tulis 1 demi 1 ke dalam kitab tersebut untuk elakkan dari lupa.
Hari demi hari saya merangka strategi jangka panjang dan jangka pendek.
Hari demi hari Allah pertemukan sahabat dan rakan-rakan untuk sama-sama naik.
Dalam pada itu, ujian demi ujian terhadap bisnes saya untuk menguji tahap kekuatan minda dan fizikal. Dan dari situ juga, pelbagai penambah baik telah dilaksanakan hasil daripada kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.
Sehingga ke hari ini, Allah telah mengizinkan untuk saya memiliki beberapa buah syarikat dan pro kas adalah yang ke-X
Mencari partnership dalam meniaga bukan untuk berseronok sebab dia 'sekepala' dengan kita. Tetapi carilah mereka yang boleh melengkapi urusan teknikal dan modal insan.
Elakkan mencari partnership semata-mata kerana rasa ingin ditemani. Sebab tak selamanya anda akan rasa sedemikian.
Elakkan mencari partnership kerana dia boleh 'buat kerja'. Sebab 'buat kerja' boleh dibuat dengan 100x jauh lebih baik oleh staf yang kita gajikan nya.
Jikalau tak ada keperluan untuk menambah partnership, buatlah dulu sorang-sorang. Trust me, anda akan berasal janggal dan sunyi dan fail pada awalnya. Isteri kan ada...
Lebih baik membayar gaji yang tinggi kepada staf yang tinggi skill nya daripada berpartner dengan mereka yang tiada skill hanya sebab dia adalah kawan.
Saya sanggup korbankan bisnes daripada korbankan talian persahabatan atau kawan. Sebab bagi saya, bisnes bila-bila dan di mana-mana boleh saya dapatkan (kelebihan yang Allah bagi)
JIkalau berpartner, dengarlah pendapat dan bermesyuaratlah untuk kesepakatan. Sebab bermesyuarat itu ada keberkatannya dalam Islam. Jangan jadikan rakan partner kita macam orang bodoh dan tak ada kepentingan. Sebab kita dah bersetuju untuk ambil dia sebagai partner walau jadi apa pun kita wajib terima.
Ini zaman media sosial. Manusia itu sudah diketahui selalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Manusia itu bukan malaikat yang bersih dari dosa.
Andai partnership membuat kesilapan atau perkara yang kita tak setujui, jadilah lelaki bertelur atau gentle dan tegurlah dengan cara baik. Bukan cakap belakang. Jika dia tak boleh terima teguran, biarlah dia pergi dan terus melakukan kesilapan sampai dia sedar sendiri. Anda teruskan kerja-kerja anda untuk develop company.
Jaga pekerja adalah lebih baik daripada sibuk dengan urusan partner. Sebab partner harus matang dan tahu kerja masing-masing. Sedangkan staf perlu sentiasa dibimbing sampai ke tahap prestasi paling optimum. Ingat, dalam bisnes bukan masa untuk menjaga hati sana sini. Buang masa kalau itu terjadi!
Jika partner ada masalah peribadi, bukan tugas anda untuk back up masalah tersebut. Move on dan fokus pada company development.
Elakkan dan JANGANLAH menulis di wall fb memperli, memburukan kerana kesalahan mereka. Itu semua hanyalah membuka pekong anda sendiri. Sebab, tindakan itu tidak akan mengelokkan keadaan. Malah akan jadi bertambah buruk dan busuk.
Businessman wajib bertindak MATANG dan realistik, cool dan dinamik. Sekali lagi, anda sibuk kan lah diri dengan kerja-kerja develop company, beramah mesra dengan staf dan cari peluang-peluang lain untuk tambah duit syarikat.
Jangan pedulikan mereka.
Andai anda rasa tak boleh nak move on lagi dengan partner tersebut, berdamailah dan tarik lah diri dengan cara yang baik dan tenang. Ingat, bisnes dan duit ada di merata-rata.
Kawan dan hubungan jangan dijudikan. Lebih baik hilang bisnes daripada hilang kawan. Sebab kawan-kawan ini yang akan solat dan angkat kan jenazah kita kelak. Inshallah...
Berbaiklah dengan seramai mungkin manusia. Hidup terlalu singkat untuk bermusuhan. Kan Allah membenci mereka yang memutuskan silaturrahim. Jangan sebab duit, kita gadaikan perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit.
Ini hanya coretan yang sangat ringkas daripada apa yang ingin saya sampaikan. Inshallah kalau ada rezeki kita bercoret lagi. Bukan nak tunjuk pandai, cuma berkongsi untuk kemaslahatan bersama.
Oleh Mohd Reza
Baca Post Asal Di sini