1. Aku juga sama macam orang lain. Pinjaman aku pernah hampir-hampir ditolak oleh pihak bank disebabkan keraguan ke atas kemampuan aku membayar balik pinjaman mereka.
2. Apakah yang aku lakukan kemudiannya bagi meyakinkan mereka untuk meluluskan pinjaman aku?
3. Ianya telah aku perturunkan kepada Ariff Shah ketika beliau ingin membeli rumah pertama beliau tak lama dulu. Ilmu ini juga telah aku kongsikan kembali dengan Zaiful, student kelas aku malam tadi. Dan pagi ini aku tergerak untuk sekali lagi berkongsi dengan pengunjung wall aku pula.
4. Jawapannya, "FD Pledge" slanga yang digunakan di kalangan para banker.
5. Anda hanya perlu menyediakan sejumlah amaun (biasanya aku akan menyediakan amaun sebanyak 6-12 bulan instalmen baru), yang akan diletakkan dalam bentuk Simpanan Tetap (Fixed Deposit) dan FD tersebut akan diberikan kepada bank sebagai sekuriti pinjaman aku.
6. Kebiasaannya, aku tidak dibolehkan untuk mengeluarkan amaun FD tersebut selagi pinjaman aku tidak dilangsaikan dan inilah ketidak-untungan yang perlu anda tanggung dari tindakan ini.
7. Inilah yang aku maksudkan sebagai peluru terakhir aku. Jika tidak dipraktikkan, berkemungkinan besar pinjaman akan ditolak dan jika dipraktikkan pula, kekayaan anda akan 'tertolak' sehingga pinjaman selesai.
P/S : Walaubagaimanapun, anda masih berpeluang untuk berunding dengan pihak bank untuk tidak mengikat FD anda sehingga pinjaman selesai, sebaliknya anda boleh cuba meminta pihak bank melepaskan amaun tersebut selepas beberapa tahun dengan ketetapan syarat seperti, tidak akan ada sebarang tunggakan di dalam pinjaman anda.
Jangan kata AE tak payung
Oleh Abang Ensem
Baca penuh Di Sini