Ramai orang ingin memiliki tanah tapi sebelum membelinya anda digalakkan mempelajari juga ilmu berkaitan tanah. Disini saya akan kongsikan secara ringkas cara untuk memastikan tanah yang anda beli itu berbaloi atau tidak sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.
1. Jika ada orang tawarkan tanah untuk dijual, sila minta salinan geran tanah itu dan pastikan anda membuat cabutan hakmilik tanah tersebut di Pejabat Tanah dimana lokasi tanah itu berada.
2. Melawat tapak tanah dan kalau boleh sila bawa jurukur ataupun orang yang tahu berkenaan kedudukan tanah.
3. Untuk pastikan harga yang ditawarkan kepada anda itu sesuai ataupun tidak, sila rujuk penilaian.
4. Sebelum membeli, pastikan anda membuat tawaran harga seminima yang boleh daripada owner. Lawat tapak tanah itu 3,4 kali sebelum membuat urusan seterusnya.
5. Bila semua sudah puas hati dan setuju, lantik peguam uruskan proses seterusnya untuk pembayaran dan pindahmilik.
6. Apabila tanah itu dah jadi hakmilik anda, mulakan langkah seterusnya iaitu tukar syarat dan pecahlot/sempadan kepada lot-lot banglo, semi D ataupun teres.
7. Periksa juga zoning tanah tersebut dengan Pejabat Tanah di Daerah tanah tersebut. Jangan sampai tersilap beli zoning yang tidak boleh dapat kebenaran untuk tukar syarat. Jika boleh sekalipun ia akan melibatkan proses yang memakan masa yang lama.
8. Perlu juga diambil kira tentang keadaan tanah. Samada itu tanah berbukit, tanah rendah, tanah tapak sawah, tanah yang masih dalam keadaan semak dan mempunyai pokok-pokok yang besar. Kerana perkara-perkara tersebut akan melibatkan kos-kos sampingan seperti kos menambun dan kos pembersihan tapak.
Mulakan pelaburan tanah dengan ilmu dahulu kerana itu adalah sebaik-baik pelaburan untuk diri sendiri.
Oleh Ahmad Firdaus Abdullah
Lihat post asal di Sini