Surat Kuasa Wakil (PA)

Ringkasnya kuasa yang diberikan oleh tuan tanah 
kepada individu, agensi, syarikat bagi mewakili tuan
tanah termasuklah menandatangani semua dokumen, 
pindah milik, kaveat dan membuat gadaian ( jika PA kekal)

Pemberian surat wakil kuasa boleh dibuat secara am 
atau secara khusus mengikut keperluan.

Kuasa yang diberikan terbahagi kepada kuasa kekal 
( tidak boleh batal ) atau kuasa tidak kekal ( kuasa boleh
batal )

Contohnya tanah 5 ekar dan ada 5 orang nama di geran
tersebut, maka untuk memudahkan urusniaga penjualan tanah kesemua pemilk bersetuju melantik salah seorang penama atau orang lain (yang dipercayai) bagi mewakili kesemua pemilik.

Ada pro dan kontra PA ini, ada juga yang salah gunakan
surat wakil kuasa. Boleh rujuk peguam hartanah dan
seelok nya PA yang diberikan PA yang kuasa boleh
batal atau mengikut tempoh masa sahaja.

Oleh Hafizal Baderi

Baca penuh Di Sini