Cari Gaji Setahun

Pelaburan hartanah sebagai sumber pendapatan.

1) Pasif income
Sewa bilik2 dan homestay boleh beri pendapatan tetap setiap bulan. Tenancy agreement memberi jaminan untuk secure pendapatan setahun.
Contohnya
Positif cash flow selepas tolak installment katakan RM500 per rumah
500 x 15 = RM7,500 /bulan

2) Dari "Refinancing" @ top up loan
Oleh kerana saya beli rumah lelong yg di bawah mv saya boleh membuat refinance mengikut harga semasa.
(Perlu tunggu 3 tahun lock in period)
Contohnya
2013 beli rumah - 144k 
2016 refinance rumah - 280k
Baki terakhir - 124k
Refinance dibenarkan - 280k x 70% = 196k
196,000 - 124,000 = 72,000 (cash out)
72,000 - 9,800 (legal fees + mrtt)
= 62,200 ÷ 12 bulan = RM5,138.33 per bulan

3) Jual sebuah rumah setahun
2015 - beli rumah 157k
2016 - jual rumah 280k
Cost renovation - 15k
Lain2 cost - 5k
RPGT - 27,900
Nett profit = RM63,300 ÷ 12 bulan = RM5,275.00 per bulan

4) Remortgage
Beli rumah lelong 40% di bawah nilai pasaran semasa. Bayar tunai. Dan Remortgage semula.
Contohnya
2015 - beli rumah 162k
2016 - remortgage 280k (nilai semasa)
= 280,000 × 90% (90% mof)
= 252,000 - 12,600 (legal fees) = 239K+-

Nett profit boleh di buat modal pusingan atau ambil gaji setahun.

= 239,000 - 162,000 (modal asas) = 77,400
=77,400 ÷ 12 bulan = 6,450 per bulan

5) beli subsale dan mark up loan. Teknik yang ini saya ada buat. Tapi hanya dapat mengurangkan jumlah deposit shj. 
Saya tidak terima tunai..

Semua teknik di atas menjadi pilihan saya buat masa sekarang. Walaupun masih kurang mahir. Saya belajar untuk kurangkan risiko.

Moga adik2 nampak jelas idea akak.
Semua amaun di atas sekadar contoh. Bukanlah jumlah tepat.

Kalau 5k sebulan tu kecil. Tambah lah transaction atau tambah jumlah rumah yg dicagarkan kepada bank. Atau boleh juga gabung semua teknik di atas. Bergantung kepada kreativiti adik2.

Oleh Shariza Othman  


Baca penuh Di Sini