Geran Individu Vs Geran Kongsi



Semangat dah ada.. tapi tak habis habis dengar perkataan geran individu, geran kongsi... itu tak apa lagi.. lepas tu jumpa pula pecah sempadan dan pecah bahagian.. jika kita minat bab tanah inilah 'dikir rambong' yg akan didendang berulang ulang.. sampai bila bila.. ianya mudah kita faham begini..

Geran individu vs geran kongsi

1. geran individu - nama dlm rekod ketuanpunyaan ada 1 shj (1/1 bahagian).

2. geran kongsi - nama dlm rekod ketuanpunyaan ada nama lebih dari satu jika ada 4 penama contoh pecahan 1/4,1/4,1/4,1/4 bahagian setiap penama. Bahagian tersebut menunjukkan syer setiap penama tetapi belum dibahagi secara geran berasingan. Katalah hasil kebun tersebut RM100 sebulan, maka seorang akan dapat RM25. Setiap penama boleh jual bahagian masing masing.

Pecah bahagian vs pecah sempadan

1. Pecah bahagian - jika geran individu tanah perlu melebihi 1 ekar baru boleh dipecah bahagian. Setiap bahagian tidak boleh kurang 10000kps (1/4 ekar). Terpulang dgn keluasan tanah nak pecah berapa bahagian pun. Selepas di pecah bahagian geran berasingan akan keluar.. semua nama dalam geran baru akan ada nama individu yg asal...... berbeza jika geran kongsi contoh ada 4 nama, bahagian yg dipecahkan akan mengikut hak pecahan masing masing dlm geran.... jika haknya 1/4 maka luas 1/4 keatas keseluruhan tanah adalah haknya. geran baru yg akan keluar nanti ialah geran individu untuk 4 penama dgn bahagian tanah baru setiap seorang.

2. Pecah sempadan - pecah sempadan ialah untuk memecahkan tanah supaya lebih kecil seperti dijadikan tanah lot banglo mengikut garis panduan perancang bandar. jika geran individu katalah dipecah sempadan 20 plot maka semua nama ke atas 20 plot tersebut nama individu berkenaan.. berbeza jika geran kongsi dipecah sempadan, setiap plot akan ada nama mengikut pecahan bahagian.. contoh apabila dipecah sempadan kpd 20 plot.. peringkat awal bila geran baru dikeluarkan semua nama dalam 20 plot tersebut akan ada nama 4 orang dgn bahagian masing masing, setiap seorang 1/4, 1/4, 1/4, 1/4. kemudian barulah mereka akan membuat serahan semula untuk menjadikan geran individu.. setiap org akan memiliki 5 plot dan namanya sebagai pemilik berdaftar (1/4 dari 20)... ianya berbeza dgn kaedah pecah bahagian di atas tadi...

Begitulah rasanya penerangn yg lebih mudah.

Oleh Muhd Aman   


Baca penuh Di Sini