Beli Rumah Dapat Duit???

Aik? Kenapa beli rumah bukan dapat rumah tapi dapat duit? Haa jangan rasa pelik rasa janggal. Ini adalah perkara biasa di dalam dunia hartanah.

1.Keadaan ini terjadi apabila kita membeli rumah pada harga di bawah nilai pasaran.

2. Apabila kita membeli hartanah dibawah nilai pasaran lebih daripada 10% biasanya kita akan mendapat cash back. paling tidak pon kita akan membeli rumah tersebut pada zero cost.

3. Contoh:
PURCHASE PRICE: RM100,000
MARKET VALUE. : RM120,000
FINANCING. : RM 108,000
Kos Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk transaksi ini sekitar RM3,000 jadi kita akan lihat pembeli menerima tunai RM 5,000 apabila selesai semua proses. Best gila kan !!!

4.Eleh tu baru beli. Belum kire bayar bank. Mesti ada fikir macam tu kan. Dengan pembiayaan bank sebanyak RM108,000 ( ada lagi sedikit tambahan untuk MRTT dan Loan Agreement) bayaran bulanan lebih kurang RM525.00 dan kadar sewa semasa adalah RM650.00.
Ringkasan: 
bayaran bank:RM 525.00
Kadar sewa :RM 650.00
Lebihan :RM 125.00 setiap bulan.

5. Best kan. Pembelian rumah dah la percuma siap dapat cash back RM 5,000 ada pulak lagi tambahan bulanan RM125.00. Ini ada real case study salah seorang pembeli sy
Jadi berapa sebenarnya kos yang pembeli ni keluarkan? Ntah la sy nampak die dpt duit je . korang rasa?

SYED FADZIL

Baca post asal Di Sini