Kenapa Beli Rumah Usia Muda Oleh Izzah Rohaizad D'property

Mana yg lepak2 isap vape isap gam...lepak kat mall...dating boypren gelpren tepi tasik pikir nak ade anak berapa.....meh kita baca ni skejap...amik masa sekejap je....penting ni....
Masa terbaik untuk membeli hartanah hartanah ialah semasa muda dan masih bujang!!! Hakikat ini perlu diakui walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini..ehmm.. lebih lagi bagi mereka yang tidak berfikiran panjang. Namun hakikatnya, orang muda yang sedar pentingnya membeli hartanah di usia muda, mereka inilah yang akan menikmati kehidupan yang lebih senang pada masa akan datang.

Mengapa membeli hartanah di usia muda itu sangat berbaloi?

#1. TANGGUNGAN MASIH KURANG
Jika anda sudah mempunyai pendapatan tetap, rancanglah membeli hartanah di usia muda anda terlebih dahulu sebelum berumahtangga. Jika sudah berkahwin dan beranak pinak, perbelanjaan anda sudah pasti tertumpu kepada keluarga anda. Perbelanjaan membeli susu dan makanan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit setiap bulan, ini belum termasuk perbelanjaan lain seperti kereta dan utiliti. Lebih parah lagi sekiranya pasangan anda tidak mempunyai pendapatan. Jika ini terjadi, peluang anda memiliki rumah amatlah tipis!!!

#2. ANSURAN BULANAN LEBIH RENDAH
Bank-bank peminjam lebih mudah memberi pinjaman loan kepada pembeli yang masih muda dan tidak banyak tanggungan. Jika anda berumur 20 tahun, anda sudah selesaikan pinjaman rumah anda pada umur 45 tahun( jika dikira tempoh pembayaran ialah 25 tahun). Tetapi jika sekiranya umur anda 45 tahun barulah anda membeli rumah, kemungkinan tempoh pembayaran yang diluluskan untuk membayar semula hanyalah 15 tahun.Sudah pasti instalment yang terpaksa anda bayar adalah lebih tinggi.

#3. PELUANG UNTUK MENAMBAH ASET HARTANAH MASIH TERBUKA LUAS
Katakanlah anda seorang kakitangan awam dan membeli rumah sebaik anda bekerja pada umur 20 tahun. Dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pinjaman pertama, gaji anda sudahpun naik lebih kurang 5-10%. Dengan kenaikan pendapatan ditambah pula dengan income rumah pertama yang anda sewakan, anda sudah mampu membeli rumah kedua malah ketiga dan seterusnya.

#4. NILAI HARTANAH SEMAKIN TINGGI
Mengambil keputusan untuk membeli rumah atau hartanah diusia muda adalah satu langkah yang sangat bijak. Mereka yang termasuk dalam golongan ini sangat memahami bahawa hartanah adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Bayangkan, rumah flat di kawasan bandar pada 15 tahun lepas sudah mencecah 200% nilainya pada masa ini, malah ada yang meningkat lebih mendadak dari itu. Rata-rata rakan-rakan saya yang membeli rumah pada ketika amat bersyukur pada hari ini disebabkan berjaya membuat keputusan tepat pada ketika itu. Saya tekankan... tiada seorangpun yang MENYESAL!!

#5. ORANG MUDA SANGGUP "IKAT PERUT"
Ini adalah pengalaman dari Penulis sendiri yang sukar dilupakan, yang mana pada masa kini (berkeluarga) tidak mungkin ada tragedi " ikat perut". Alasannya, pada ketika itu penulis masih muda, masih sihat dan masih bujang, maka tidak banyak komitmen kewangan yang mengganggu fikiran melainkan diri sendiri dan ibu bapa .Keinginan membeli rumah menyebabkan penulis terpaksa mengurangkan aktiviti hiburan dan kadangkala kesunyian. Makan minum sememangnya tidak setaraf dengan rakan lain.Walaupun wang poket berada ditahap kritikal, saya tidak terlalu panik kerana hanya memikirkan diri sendiri.
Bila difikirkan semula, semua pengorbanan itu ternyata berbaloi!!!

Walaupun #5 perkara diatas menyokong hujah2 yang saya kemukakan, saya masih percaya selagi ada keinginan untuk kaya dengan hartanah ..maka sudah pasti masih ada jalannya!! Dalami ilmu hartanah tanya saya bagaimanaa...
Pilihan ditangan anda samada membeli hartanah diusia muda ataupun menyewa hartanah sepanjang hayat.

Oleh Izzah Rohaizad D'property

Baca penuh Di Sini