Apa Buktinya Pak ?

Penjual / Tuan Tanah sekiranya benar memproses tanah lot mengikut prosedur MESTI ada bukti ini atau tahu perkara ini.

Sekiranya sebaliknya AWAS musang berbulu ayam. Antara soalan Kebaboom ialah:

1. Surat perlantikan semua professional berkaitan.

2. Memo kelulusan pra rundingan oleh Bahagian 
Perancangan & Pembangunan kepada OSC.

3. Surat maklum balas komen oleh semua agensi dan jabatan teknikal untuk OSC 3.0.

4. Pelan topo yg disahkan oleh juruukur berlesen.

5. Pelan susun atur yang disahkan oleh perancang bandar berdaftar dan diluluskan oleh pengarah perancang bandar PBT.

6. Pelan kerja tanah dan infra yg disediakan oleh jurutera professional dan diluluskan oleh pengarah bahagian kejuruteraan PBT.

7. Resit bayaran fee kebenaran merancang

8. Resit bayaran fee permohonan kelulusan pelan kerja tanah dan infra.

9. Surat kelulusan kebenaran merancang oleh pengarah OSC PBT.

10. Surat penetapan caj pemajuan oleh pengarah penilaian PBT.

11. Notis bayaran caj pemajuan oleh pengarah perancang bandar PBT.

12. Resit bayaran caj pemajuan.

13. Borang C1 oleh pengarah perancang bandar untuk kelulusan melaksanakan kerja tanah dan infra.

14. Pelan precom yg disahkan oleh jurukur berlesen.

15. Resit bayaran jurukur kepada Lembaga Jurukur.

16. Surat dari JPS caruman parit.

17. Surat dari Pejabat Tanah untuk kelulusan dan bayaran premium tukar syarat tanah dan caruman kubur.

18. Resit - resit bayaran premium tanah, caruman parit dan kubur.

19. Resit bayaran pendaftaran geran baru status bangunan.

Oleh Muhd Aman   

Baca penuh Di Sini