Sebelum membeli rumah, biasanya aku akan mahirkan kawasan sekitarnya dulu... Contoh, aku menetap di Bangi hampir 10 tahun... Aku dah mahir sangat dengan area Bangi ni... 50% hartanah yang aku ada berada di sekitar Bangi...
Bila nak beli rumah aku akan mintak check market value dulu... Tak kisah la melalui teknik average price kat dalam mudah ke atau check dengan panel valuer bank...
Contohnya seller call aku cakap nak jual rumah dia RM80,000... Aku terus check kat mudah... tengok semua jual RM130,000 ke atas... Untuk double confirmkan aku terus pegi bank untuk diaorg checkkan market value... Rupa2nya betul... Market value RM130,000... Apa lagi... Rembat jelah...
Bila beli rumah mesti kena tau pada siapa kita nak sewakan dan berapa plak kadar sewa yg nak dikenakan... RM750 ke RM1000 ke RM1250 ke... Terpulanglah kpd anda... Janji harga yg munasabah...
Kos pembelian rumah sangat penting utk kita ketahui... Harga rumah kat atas mmg la RM80,000 tapi bila ditambah kos lawyer dan minor renovation dekat RM20,000 jugak semuanya... Jadi, aku kena pastikan masa aku nak jual nanti mestilah harganya satu kali ganda dari harga kos RM100,000 iaitu RM200,000 paling minimum... Maybe kena tunggu 5 tahun kot...
Tentang pembiayaan perumahan plak biasanya aku akan pentingkan bank mana yang bagi value paling tinggi... Interest rate bukanlah penyebab utama aku memilih sesebuah bank...
Setiap rumah yg kita beli pasti ada kelebihan dan kekurangan... Kita perlulah memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum membeli... Senang utk kita mengatur strategi jika berlaku apa2 di kemudian hari...
Macam apartment yg aku beli dgn harga RM80,000 ni aku dah siap kira bayaran bulanan, kadar sewa, positive cash flow dan berapa capital appreciation within 5 years...(Selepas bebas RPGT) hehehe... Bayaran bulanan bank RM530, sewa boleh letak RM750, Positive cash flow RM220 dan anggaran capital appreciation dalam RM100,000 dalam masa 5 tahun..
Tu jelah yg aku biasa buat... Selagi loan boleh lepas selagi tu la aku takkan berenti membeli rumah... Tapi sekarang aku dah berenti keje... Maknanya buat masa ni aku tak membeli rumah pakai loan... Kena cari cash... Pandai2 la nak cari kat mana...
Mohd Izami Ahmad
14 June 2016
6.29am
Post asal Di Sini