Panduan Lengkap Beli Rumah

Saya nak kongsi cara beli rumah pertama bagi sesiapa yang belum mempunyai rumah.
Jika anda rasakan berguna, klik like.
Jika tidak membantu, klik unlike.
Jika sangat berguna, klik share.

KEMASKINI KEWANGAN 

SEMAK PROFAIL KEWANGAN - A MUST!

1. Senaraikan pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan)
2. Senaraikan komitmen / hutang (pembiayaan peribadi / kereta / kad kredit / koperasi / dan lain-lain)
3. Senaraikan pelaburan (ASB / emas / perak / unit trust / saham dan lain-lain)
4. Senaraikan simpanan (Bank / tabung / tabung haji / KWSP / dan lain-lain)
5. Senaraikan cukai / zakat
6. Sediakan bukti dokumentasi pendapatan / pelaburan / simpanan anda.

SEMAK CCRIS

1. Pergi Bank Negara atau cawangan Bank Negara atau AKPK
2. Bawa Kad Pengenalan
3. Bawa cap jari anda
4. Cetak CCRIS

JUMPA PEGAWAI BANK PEMBIAYAAN PERUMAHAN

1. Bawa semua profail kewangan anda.
2. Bawa CCRIS
3. "Walk-in" ke beberapa buah bank berbeza dan jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan
4. Beritahu mereka anda mahu membeli rumah tetapi perlu menyemak kelayakan pembiayaan terlebih dahulu
5. Jika jawapannya positif, mulakan langkah seterusnya. Tentukan berapa harga rumah yang boleh dibeli secara pembiayaan.
6. Jika jawapannya negatif, perbaiki profail kewangan anda. Tambah pendapatan, kurangkan komitmen dan perkasakan dokumentasi.
7. Jika anda tidak berpuas hati, pergi ke beberapa buah bank berbeza kerana setiap bank polisinya tidak sama

PEMBURUAN HARTANAH 

MEMBURU HARTANAH PERTAMA

1. LOKASI
• Cari yang dekat supaya boleh duduk sendiri.
• Jika yang dekat terlalu mahal, carilah yang jauh dan murah mengikut keupayaan pembiayaan anda kemudian sewakan dan anda teruskan menyewa hartanah yang dekat.
2. JENIS
• Jika banglo terlalu mahal, pilihlah semi-D.
• Jika masih mahal, pilihlah teres.
• Jika masih mahal, pilihlah kondo / apartmen.
• Jika masih mahal, pilih rumah pangsa / flat.
• Jika masih mahal, pilih rumah kos rendah mengikut syarat.
• Jika masih mahal, anda perlu berguru cara mencari rumah murah.
• Jika masih tak jumpa, nafsu anda terlalu besar untuk dapat yang sempurna segalanya
3. CARA BELI
• Beli dari pemaju (tetapi mahal dan risiko terbengkalai)
• Beli dari pasaran sekunder (subsale) - rumah secondhand. Tak ramai yang nak sebab rumah lama dan takde class. Itu contoh nafsu tinggi hingga sanggup menyewa sampai mati.
• Beli dari lelong - risiko tinggi tetapi kebanyakannya sangat murah. Kalau kasihan kepada pemilik lama, carilah yang tiada penghuni. Setiap hari beratus-ratus unit lelong disenaraikan untuk seluruh Malaysia. Masih kata rumah terlalu mahal?
• Nak percuma? Tunggulah anda dapat harta secara pewarisan. Itu pun kalau dapatlah!
4. BAJET
• Tentukan harga rumah yang ingin dimiliki mengikut hasil perjumpaan dengan pegawai bank di awal cerita tadi
• Masih ada rumah murah contohnya 10,000 (bukit beruntung), 60,000 (damansara damai), 70,000 (puchong) dan lain-lain. Usahakan mencari!
• Jika rumah murah itu anda rasakan jijik, beli dan sewakanlah. Sekurang-kurangnya anda dah ada satu rumah. Penyewa bayar unit anda, dan anda bayar unit yang sewa. Tapi anda tetap dah ada satu unit sendiri walaupun masih menyewa rumah orang lain sampai mati!
5. LEASEHOLD / FREEHOLD
• mana-mana pun boleh!
6. BUMI LOT / NON-BUMI LOT
• jika anda bumiputra, beli mana-mana pun boleh!

BELI SENDIRI @ AGEN

1. Kalau anda yakin anda mahir, silakan beli sendiri. Booking, S&P dan sebagainya. Jika mahirlah ya.
2. Jika anda tak mahir, cari melalui agen. Buru hartanah pertama melalui agen. Agen sedia membantu untuk "mix and match" dan beri nasihat kewangan. Namun pastikan agen yang anda cari itu berkaliber (saya bukan agen walaupun saya berkaliber .. ehem!) dan berdaftar.

SENARAI HARTANAH

1. SUBSALE :
• agen
• facebook group
• laman sesawang : mudah.my, iproperty dan lain-lain
• rondaan ke lokasi yang diingini dan tengok iklan di pagar rumah yang ingin dijual jika ada
• mulut ke mulut
2. LELONG
• agen
• facebook group
• laman sesawang pelelong : ngchaumau, propertyauctionhouse, ehsanauctioneer, eszamauctioneer dan lain-lain (saya pernah kongsikan dalam status sebelum ini)
• laman sesawang berbayar : lelongtips, auctiondata
3 UNIT DALAM PEMBINAAN
• agen
• facebook group
• laman sesawang : mudah.my dan lain-lain
• pasaraya

NILAI PASARAN

1. Semak nilai pasaran
• jurunilai hartanah
• walk-in jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan perumahan dan minta mereka tanya panel penilai nilai pasaran unit yang anda minati
2. Ingat! Anda untung ketika membeli jika beli bawah nilai pasaran.

BELI HARTANAH PERTAMA 

BELI UNIT PERTAMA ANDA

1. Pilih unit yang anda senaraipendek.
2. Solat istikharah supaya anda memilih sesuatu yang betul
3. Jika subsale :
• bayar booking (di pejabat peguam atau agensi sahaja!)
• dalam klausa booking, pastikan anda letak terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pembiayaan tidak diluluskan pada margin 90% (atau apa-apa margin yang anda mahu)
• dapatkan resit booking
• bayar baki deposit 10%
4. Jika lelong :
• masuk bida dan bida pada had yang anda tentukan sahaja
• jika kalah, cuba lagi
• jika menang, teruskan langkah berikutnya (skrol facebook saya kerana saya pernah ajar sebelum ini)
5. Jika dalam pembinaan daripada pemaju
• bayar booking
• bayar baki 10% (jika perlu)

LANTIK PEGUAM

1. Untuk subsale dan lelong, anda berhak lantik peguam sendiri. Sekali lagi, lantik peguam berkaliber dan boleh dipercayai.
2. Lakukan tindaksusul setiap 1-2 minggu.
3. Peguam akan lakukan tindakan seterusnya yang diperlukan.

BAYARAN - SUBSALE

1. Deposit 10% daripada harga rumah (kalau dapat unit bawah nilai pasaran yang boleh markup harga S&P, maka deposit dapat dikurangkan)
2. Kos dokumentasi guaman 5% daripada harga rumah
3. Renovasi? Ala kadar sahaja sudahlah. Kos adalah bergantung kepada nafsu anda.

TIPS TAMBAHAN 

1. Cari unit bawah nilai pasaran (biasanya lelong dan subsale sahaja)
2. Cuba cari unit dengan kos awal (entry cost) minima contohnya unit subsale markup loan, unit underconstruction zero entry cost dan sebagainya.
3. Cari unit yang harganya lebih rendah daripada kemampuan sebenar anda (jika anda mampu beli rumah 300k, belilah yang berharga 200k sahaja)
4. Maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda. Beli dua unit terus. Jangan tunggu beli satu kemudian tunggu beberapa tahun untuk beli satu lagi. (Contohnya anda layak pinjam 200k dan ada tunai deposit untuk beli unit 200k, belilah 2 unit 80-100k terus.)
5. Jika rumah murah terlalu jauh, beli dan sewakan sahaja. Dan anda sewalah rumah lain. Selepas beberapa tahun, anda boleh jualkan rumah itu untuk anda beli rumah lain yang lebih dekat. (Saya dah perincikan dalam status sebelum ini)
6. Rajin usaha untuk cari unit "good deal". Selalunya peluang itu datang sekelip mata, maka capai ia secepat mungkin sebelum diambil orang. Kerapkan diri melihat laman sesawang pengiklanan rumah.
7. Takut dan tak yakin? Dapatkan bimbingan atau mentor. Saya belum layak jadi mentor ya.
8. Shortcut? Guna agen. Mereka akan tolong nasihat bahagian kewangan dan carikan spesikasi rumah yang anda pinta.
9. Langkah pertama yang betul-betul anda perlu buat selepas membaca tips ini ialah SEMAK PROFAIL KEWANGAN ANDA. Sengaja saya letakkan pada point nombor 9 supaya anda tak lupa.
10. Ilmu tanpa usaha hanya sia-sia. Saya tak bagi ikan. Saya hanya bagi joran; anda pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail. Selepas berjaya pancing, anda tentukanlah sama ada nak masak dan makan ikan itu atau jualkan kepada orang lain.
GOOD LUCK!


Oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Lihat Post Asal Di Sini