Untungnya Kakitangan Kerajaan Senang Beli Rumah Banyak


Kalau tak dapat beli 2-3 buah rumah dalam masa setahun pun takpa. Jangan nak ikut orang lain membabi buta jika rezab tunai pun baru seciput. Dapat 1 tahun sebuah rumah jadilah kan. Yang penting, kita ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.

Setiap orang layak untuk mendapatkan Margin of Financing (MOF) hingga 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bergantung kepada kekuatan kewangan dan skor kredit anda. Jika anda suami isteri adalah kakitangan swasta, anda boleh memiliki rumah pertama dan kedua dengan mudah kerana dapat MOF yang tinggi.

Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100%, boleh dah rasa lega. 2 rumah pembiayaan nama suami, 2 rumah pembiayaan nama isteri. Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Secara asasnya, anda perlu menyediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri. Fuhhh. Lap peluh.

Untungnya kakitangan kerajaan, boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah seterusnya menggunakan manfaat pembiayaan perumahan khas kakitangan kerajaan (gov loan). Kalau suami isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.

Margin of Financing (MOF). Contohnya, kalau 90% MOF, bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri. Ada bank akan bagi 90%+5% juga. 5% adalah untuk takaful/insuran, legal fee dan valuation fee. Rajin-rajinlah walk in ke bank yang anda minati.
Ingin memaksimumkan kuota MOF 90%-100% anda?

A) Suami isteri swasta.
Suami.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 70% bank.
Isteri.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 70% bank.

B) Suami swasta, isteri kakitangan kerajaan atau sebaliknya.
Suami.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 70% bank.
Isteri.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 100% gov.
4. 70% bank.

C) Suami isteri kakitangan kerajaan.
Suami.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 100% gov.
4. 70% bank.
Isteri.
1. 90% bank.
2. 90% bank.
3. 100% gov.
4. 70% bank.

Tapi, malangnya ramai kakitangan kerajaan tidak terdedah dengan perkara ini. Kebanyakan yang saya jumpa dalam sesi Borak Hartanah dan kenalan saya sendiri, memang menggunakan gov loan untuk membeli rumah pertama. Yang joint loan pun ada juga. Rugi!! Ia bukanlah dosa, cuma ada rugi sikit. Dan memang mereka menyesal sebab beli rumah pertama tanpa ilmu.
Maaf sebut. Kebanyakan yang ambil pembiayaan peribadi yang tinggi pun adalah mereka yang bekerja di sektor kerajaan. Mungkin sebab dapat kadar keuntungan bank yang rendah, terus kelabu mata untuk ambil sampai RM50,000-80,000. Cuba elakkan. Pembiayaan peribadi adalah hutang jahat. Ia menjadikan skor kredit anda teruk di mata bank dan beri efek semasa anda memohon pembiayaan perumahan nanti.
Carilah ilmu kewangan dan ilmu hartanah sebelum membeli rumah pertama. Nak kumpul deposit rumah dengan cara yang cepat pun kena ada ilmunya dan saya lebih cenderung menggunakan ASB Financing Islamic. Nak tetapkan matlamat pelaburan dan cari rumah yang sesuai pun perlu belajar. Nak uruskan rumah untuk disewakan lagi. Kalau takda ilmu, memang kelam kabut. Banyak rugi daripada untung.
Memang banyak untung bekerja dalam sektor kerajaan. Itu dapat, ini dapat. Tapi kalau tak pandai mengambil peluang, tiada beza anda dengan pekerja sektor swasta.
Ada kawan atau kenalan anda yang berkhidmat di sektor kerajaan? Ayuh tekan SHARE dan selamatkan mereka. Haha. - HF


Diolah oleh: Harith Faisal 

Baca penuh Di sini