Cara Beli Tanah Geran Kongsi Untuk Elak Rugi
Tujuan beli tanah untuk di pecah sempadan dan tukar status tanah dari pertanian kepada bangunan
..
Sebagai contoh tanah pertanian berkeluasan 6 ekar ada 4 penama di dalam geran
..
Ali - 1/4 bahagian
Abu - 1/4 bahagian
Ani - 1/4 bahagian
Awa - 1/4 bahagian
..
Ali nak jual bahagiannya manakala adik beradik nya yg lain tidak mahu. Sebagai orang luar jika kita beli tanah ini risiko tinggi untuk perancangan pembangunan akan datang kerana boleh tidak mendapat kerja sama dari adik beradik Ali.
..
Tanah ini geran kongsi, sempadan tanah mengikut keluasan setiap penama tidak ada, setiap penama berhak ke atas semua bahagian tanah.. jika ada hasil dari tanah tersebut pembahagiannya 25% setiap seorang.
..
Sekiranya kita hendak beli juga bahagian tanah Ali pastikan lakukan perkara ini.
..
Situasi Ali : susah nak jual tanah bahagiannya sebab geran kongsi, adik beradik nya yg lain mungkin sanggup beli tetapi biasanya dgn harga yg amat murah.
..
Setelah harga tanah ditetapkan dan kita juga telah pasti yg luas bahagian Ali lebih 1/4 ekar (kurang dari ini tak boleh pecah bahagian) mohon supaya Ali dgn adik beradik nya yg lain untuk bersetuju draft plot pelan susun atur kedudukan tanah masing masing.
..
Setelah bersetuju lantik Jurukur Berlesen untuk buat Pelan Cadangan Susun Atur Bagi Pecah Bahagian Tanah.. di dalam Pelan tersebut semua pemilik tanah perlu tandatangan kecuali Ali, nama Ali ditukar kepada nama bakal pembeli dgn tarikh dikosongkan.
(ini yg paling penting)
..
Semua penama lain dan bakal pembeli juga akan menandatangani borang 9B iaitu Permohonan untuk Memecah Bahagian Tanah. Tarikh kosong kan.
..
Satu surat persetujuan perlantikan Juruukur Berlesen yg ditandatangani oleh semua penama dan bakal pembeli serta saksi juga hendaklah diadakan.
..
Setelah selesai semua di atas barulah kita sebagai orang luar beli tanah tersebut. Kos pecah bahagian boleh dibincang mungkin ditanggung oleh penjual..
...
Setelah geran baru keluar dan nama pembeli baru masuk di dalam geran.. Juruukur Berlesen tadi terus boleh proses pecah bahagian tanah tersebut mengikut persetujuan terdahulu..
...
# jangan beli dulu baru bincang pecah bahagian
# jangan bincang saja tak ada rekod
# selesai bincang ada hitam puteh baru beli
# tak selesai bincang tak payah beli
Oleh Muhd Aman
Baca penuh Di Sini