Apabila kita membeli rumah, ada beberapa dokumen penting yang terlibat.
Dokumen lain yang menyebabkan fail peguam untuk setiap transaksi menjadi tebal, adalah surat surat, surat akujanji, serta salinan itu dan ini.
Jikalau urusan jualbeli rumah itu melibatkan ada geran, dan kami adalah peguam bagi pihak bank, geran asal akan dihantar kepada bank untuk simpanan dan salinannya kami sampaikan kepada pembeli/peminjam secara serahan tangan ataupun, pembeli/peminjam datang ke pejabat kami, ataupun kami kurier atau secara pos berdaftar.
Ada juga banyak kes di mana pembeli/penjual, setelah berpindah ke rumah yang baru beli, atau bertukar alamat tapi tidak memaklumkan kepada kami.
Jadi ada banyak juga dokumen atau salinan geran dikurier atau pos dikembalikan ke pejabat kami.
Pembeli/penjual yang tidak menerima dokumen ini ada yang beberapa bulan kemudian, datang minta salinan tetapi ada juga yang datang bertahun tahun kemudian.
Mujurlah kami menubuhkan firma ini untuk jangka masa yang panjang.
Kalau boleh biar umurnya menjangkau sepanjang yang boleh. Tahun ini adalah ulang tahun kami yang ke 18.
Saya menyeru kepada pembeli/peminjam sila lah berhubung dengan para peguam anda untuk mengambil salinan salinan dokumen pembelian rumah anda seperti:
Salinan Perjanjian Jualbeli;
Geran ( suratan hakmilik);
Salinan gadaian dan lain lain dokumen berkaitan pinjaman anda.
Atau kalau belum ada geran:-
Salinan Perjanjian Jualbeli;
Salinan " Deed of Assignment";
Salinan " Loan Agreement" ;dan
dokumen yang berkaitan dengan pinjaman itu.
SERTA simpannya dengan baik. Ia amat bernilai suatu hari nanti untuk BEBERAPA urusan antaranya seperti berikut:
- Untuk menjual
- Untuk " refinance"
- Untuk urusan perwarisan serta permohonan surat kuasa mentadbir ( setelah pemilik meninggal).
- Untuk tuntutan MRTA/ MRTT
Tiada jaminan firma guaman yang anda berurusan akan kekal wujud.
Sementara firma tersebut masih ada, baiklah dokumen di ambil segera.
Dokumen ini penting walaupun hanya salinan. Dokumen asal akan berada di dalam simpanan bank ( jika anda buat pinjaman).
Silakan share jika manfaat.
#simpandokumenrumah
#buatjelah
Oleh Nazri Mustafa Peguam Hartanah
Baca Post Asal Di sini