Pemilikan Hartanah Pajakan 99 Tahun


"Apa akan jadi jikalau baki tempoh hartanah pajakan tinggal 20-50 tahun sahaja ??"
.
.
● Bagi proses pembelian dan pindahmilik hartanah Leasehold @ pajakan, anda wajib mendapatkan kelulusan (Consent) dari Pejabat Tanah Kerajaan Negeri.
● Sekiranya bakinya sudah tinggal 20 - 50 tahun sahaja, tempoh pajakan boleh dilanjutkan ke 99 tahun lagi sebelum tamatnya tempoh.
● Kebiasaannya pemilik hartanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui / melanjutkan tempoh pajakan. Kelulusan akan mengambil masa antara 3 - 9 bulan.
● Formula bagi pengiraan kadar bayaran mengikut 'Premium' Kaedah-Kaedah Tanah dan Peraturan Kuari Selangor 2003. Contoh:
→ Kadar: ¼ x 1/100 x Nilai Pasaran harga hartanah (dalam kaki persegi) x bilangan tahun untuk perbaharui @ lanjutan tempoh x kawasan tanah (dalam kaki persegi). **x= darab.
→ Contoh untuk 1,600 kaki persegi bagi rumah kediaman dengan berbaki 30 tahun dalam pajakan (bernilai RM100 satu kaki persegi oleh Pihak Berkuasa Negeri).
→ Pengiraan premium bayaran pembaharuan tempoh pajakan = 0.25 x 0.01 x 100 x 69 x 1,600 = RM27,600.
● Sekiranya hartanah tersebut mempunyai baki 30 tahun dalam tempoh pajakan, pemilik hartanah perlu membayar untuk lanjutan kepada 69 tahun (99 tahun — 30 tahun).
● Pada 1 Jun 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan "Skim Pemilikan Kediaman Persendirian".
● Tujuannya adalah untuk memudahkan rakyat memiliki rumah kediaman dengan bayaran Premium yang fleksibel.
● Pemilik / pemohon akan dikenakan kadar premium berdasarkan formula berikut:
→ Kadar: ¼ x 1/100 x Nilai Pasaran harga hartanah (dalam kaki persegi) x bilangan tahun untuk perbaharui @ lanjutan tempoh x kawasan tanah (dalam kaki persegi).
.
.
● Pemohon akan diberi pilihan samada untuk menjelaskan bayaran premium tersebut sekaligus dengan rebat 30% atau bayaran nominal RM1,000.00 dalam tempoh enam (6) bulan daripada Notis Borang 5A berkuatkuasa.
● Kriteria penentuan utama ialah tanah tersebut hendaklah memiliki syarat nyata BANGUNAN KEDIAMAN untuk kegunaan INDIVIDU sahaja.
● Permohonan pemberimilikan akan diproses dalam tempoh 4 minggu (bergantung kepada ringkasan kertas yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah).
● Keputusan bagi sesuatu permohonan akan diperolehi setelah Pihak Berkuasa Negeri membuat pertimbangan ke atas permohonan yang dikemukakan.
● Untuk sebarang pertanyaan boleh merujuk di Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.
.
.
.
KESAN PENAMATAN TEMPOH PAJAKAN;

● Bagi hartanah tertentu di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar (Pajakan Negeri atau bentuk hakmilik lain) atau di bawah hakmilik Pejabat Tanah (Pajakan Mukim atau hakmilik berbentuk lain di bawah undang-undang tanah akan menjadi tanah Kerajaan apabila tamat tempoh pemberimilikannya.

● Permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan (bergantung kepada keadaan). Sekiranya diluluskan, Pihak Berkuasa Negeri akan mengenakan bayaran premium yang baru.

● Sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan, pandangan dan rujukan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.


Oleh Aisyahproperty Nsa   


Baca penuh Di Sini