4 Cara Yang Biasa Diamalkan Oleh Pihak Pemaju
Dalam pemajuan hartanah ada 4 cara yang biasa diamalkan oleh pihak Pemaju dalam usaha untuk mendapatkan tanah bagi tujuan pembangunan iaitu:
1. Membuat kerjasama dengan pemilik tanah dengan perjanjian sistem pawah. Pemajubakan membuat pembangunan dan menyerahkan beberapa peratus bangunan yang telah disiapkan kepada pemilik tanah. Ratio pembahagian adalah 80:20 ( 80% pemaju 20% pemilik tanah)
2. Berkongsi untung dengan pemilik tanah secara 50:50. Cara ini biasanya digunakan semasa berurusan dengan tanah yang dimiliki oleh pihak kerajaan. Biasanya akan melibatkan masuk campur pihak politik dengan syarat yang ketat dan rumit.
3. Usahasama dengan jaminan pulangan. Dimana pihak Pemaju akan menawarkan satu perjanjian JV dengan bayaran secara tunai dengan nilaian peratusan harga tanah yang lebih tinggi kepada pemilik tanah secara ansuran sepanjang tempoh pembangunan sedang dijalankan.
4. Pembelian tanah terus daripada pemilik. Merupakan kaedah yang paling memguntungkan kepada Pemaju tetapi memerlukan modal awalan yang tinggi.
Oleh Ahmad Firdaus Abdullah
Baca penuh Di Sini