Bagaimana Nak Mengurangkan Bayaran Rumah Yang Diduduki Sekarang Sehingga RM0 ?

Oleh Cif Jamal 


Macam tidak logic pula pengkongsian tengah hari ni. Harap ilmu ni dapat manafaat rakan-rakan semua. Ia hanya bersesuaian bagi rumah yang telah dibeli berusia sekurang 3 atau 5 tahun ke atas. Jikalau rakan-rakan mempunyai rumah tersebut, insyaallah membantu.

Tadi rakan office ada tanya tentang pengeluaran EPF untuk membeli rumah kedua. Jawapannya sudah tentunya tidak boleh kerana rumah permata belum habis bayar lagi or belum discharge lagi hak miliknya.

Lanjutan dari itu, saya berkongsi sedikit pengkongsian berkaitan perkara diatas. Condominium rakan office saya ni sama dengan condo saya beli yang sedang disewakan di Desa Petaling dan saya baru sahaja refinance condo ni, jadi saya tahu sedikit sebanyak bank value dan loan rate yang dapat.

Harga belian RM140K , balance hutang yang tinggal dalam RM110K, harga pasaran RM320K, bayaran bulanan RM750 sebulan.

Jadi macamana yang kurang bayaran bulanan hingga RM0. Apa yang perlu buat adalah seperti berikut:

1)Refinance rumah yang sedia , jadi bayaran bulan akan meningkat dari RM750 kepada RM1327@ BLR-2.3. Refinance ini akan memboleh cash out sebanyak RM180K

2)Masukkan cash out itu RM180K dalam ASB, ia akan memberi pulangan dividen sebanyak RM180@8.5% adalah sebanyak RM15,300 setahun atau sama dengan RM 1275 sebulan.

3)Hasil bulan dividen digunakan untuk membayar hutang bulan rumah, RM1327 – RM1275 = RM52. Jadi rakan office saya ni perlu membayar sebanyak RM52 sebulan instead RM750 sebulan.

Ini baru Part 1 yang perlu rakan office saya buat bagi mengurang bayaran bulanan, insyaallah Part 2 saya akan bercerita macamana beliau boleh membeli rumah kedua tanpa usik RM180K ni dan masih boleh enjoy bayar RM52 sebulan sahaja.

Moga perkongsian kes rakan office saya ni dapat memberi ilham kepada rakan-rakan sekalian.

Baca penuh Di Sini