Perihal RPGT Dalam Jual Rumah

Dalam urusan jualbeli hartanah, pembeli atau pemeroleh ( yang memperoleh hartanah) hendaklah meremitkan 3% daripada harga jualbeli atau kesemua wang jualbeli ( mana yang lebih rendah) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN).

Maksudnya, jika harta yang dijual itu dimiliki kurang dari 5 tahun dan bakal dikenakan cukai ( kecuali memohon pengecualian cukai sekali seumur hidup untuk 1 rumah kediaman sahaja), Pemeroleh/Pembeli ( biasanya diuruskan oleh Peguam Pembeli ) hendaklah meremitkankan ( menghantar bayar) 3% dari harga jualbeli kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Contohnya :

Deposit awal : 3 %
Dibayar masa sign Perjanjian 7%
Dari 7% yang dibayar semasa itu, 3% hendaklah ditahan dari dibayar pada Penjual TAPI di hantar ke LHDN manakala baki 4% boleh dibayar pada Penjual.

Dalam ertikata lain, jika 3% itu sudah dibayar kepada ejen hartanah yang di lantik oleh Penjual , dan kemudian jadi milik ejen setelah Perjanjian di tandatangan dan di setem, manakala lagi 3% diremit pada LHDN, Penjual dapat 4% dari harga jualbeli, semasa Perjanjian ditandatangan.

Borang CKHT itu mesti dihantar serah dalam masa 60 hari dari tarikh pelupusan, kalau lewat kena denda tambahan 10% atas cukai.

Ia dihantar ke pejabat LHDN di mana pembayar cukai pelupus/penjual dan pemeroleh/pembeli masing2
Dilampirkan :

Salinan SNP masa beli dan masa jual;
Salinan suratan hakmilik/borang pindahmilik;
Resit2 dan invois untuk perbelanjaan berkaitan rumah berkenaan;

Sekiranya pelupus/penjual tidak tertakluk pada bayaran CKHT, pelupus boleh hantar serah Borang CKHT 3 supaya wang 3% itu tidak perlu di remit ke LHDN.
Sila share jika manfaat😊

Oleh Nazri Mustafa Peguam Hartanah 


Baca Post Asal Di sini